Menerusi Instagram story, wanita yang dikatakan menjalin cinta dengan Jofliam iaitu Dewi tampil bersuara dan mempersoal bekas isteri usahawan tersebut, Cik Epal.
Dewi dilihat sudah tidak tahan lagi dan hilang sabar kerana sering dituduh bersekedudukan bersama Jofliam di banglo pempengaruh tersebut.
Munirah macam ni la kalau betul saya penyondol, dengan cara sekarang awak nak attack orang, kenapa tak attack saya dari dulu? Awak langgar takliq 4 September, 8 September awak minta berjumpa dengan saya. 20 September minta jumpa lagi.
“Kalau saya penyondol kenapa tak attack awal awal? Dengan perangai awak yang macam ni?” tulis Dewi.
Bukan itu sahaja, Dewi juga turut mengingatkan Cik Epal bahawa sebelum ini dia sendiri yang memilihkan barangan untuk ke Milan dan berkata lokasi itu bukan punca dia dan Jolfiam bercerai.
Munirah awak lupa ke awak yang pilih barang-barang ini untuk saya ke Milan? Awak siap try on kasut tu lagi. Munirah awak yang approve saya ke Milan. Awak dah bercerai sebelum saya ke Milan lagi, jadi Milan bukan punca awak bercerai, maaf cakap.
Dewi turut menepis dakwaan Cik Epal bahawa dia tinggal bersama Jofliam dan menegaskan dia pulang ke rumahnya setiap hari.
Rumah saya ada CCTV boleh nampak saya tiap hari balik rumah. Ada tarikh, ada time. Saya tak pernah tidur rumah Jo, saya bekerja dan sentiasa ditemani orang. Jumpa dekat mahkamah jela.