Hilang Mood Disaman AUD$350 (RM1168.10), Pandu Lebih Had Laju & Tak Pakai Seat Belt

Trending

Hilang Mood Disaman AUD$350 (RM1168.10), Pandu Lebih Had Laju & Tak Pakai Seat Belt

Malang menimpa kami semalam. Ketika dalam perjalanan pulang dari Albany ke Perth, kami telah disapa oleh beberapa anggota polis ketika berhenti di petrol pump.

Advertisement

Sedang nak membuka pintu kereta untuk ke tandas, dua orang pegawai itu pun datang dan menerangkan kesalahan kami memandu melebihi had dan penumpang di belakang tidak memakai tali pinggang keselamatan.

Bayangkanlah, hanya kami dan beberapa buah kereta lain yang boleh dikira dengan jari sepanjang 200 kilometer ‘separuh perjalanan’ itu, takkan nak bawa 50 kilometer sejam? Dan keadaan yang agak berhimpit sikit menyukarkan kami untuk menggunakan tali pinggang keselamatan.

Lagi satu, ingatkan kawasan jauh dari bandar, jadi kami pun tak berapa nak ‘strict’ sangatlah dengan peraturan tali pinggang keselamatan itu.

Macam-macam alasan diberi, tetapi pegawai itu tetap nak kenakan saman juga. Setelah merayu, maka dapatlah kurangkan jumlah saman dari AUD$550 ke AUD$350. Itu pun dah lebih dari expectation dan kemampuan.

Entahlah, dalam hati fikir tak nak bayar saja.

Tetapi pegawai itu ada maklumkan, dalam tempoh 28 hari jika saman tidak dibayar, pada masa akan datang pihak imigresen akan sekat dari masuk ke Australia lagi.

Jadi, mood hari ini agak down sikit. Mereput di homestay sampai ke tengah hari.

Kawan-kawan yang bakal atau mahu berkunjung ke Australia, tolong pastikan anda mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas mereka.

*Difahamkan, surat meminta pesalah lalu lintas membayar saman juga akan dihantar ke alamat rumah di Malaysia sekiranya pelakunya mengelak untuk membayar. Jadi, anda tidak boleh lari begitu sahaja.

Kredit : Irfan Asyraf El-Kuisy

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...