“Hilang Malu Terus!” – Video ‘Bachelorette Party’ Tular, Tingkah Laku Watie Hanifiah Dan Rakan Curi Perhatian

Hiburan

“Hilang Malu Terus!” – Video ‘Bachelorette Party’ Tular, Tingkah Laku Watie Hanifiah Dan Rakan Curi Perhatian

Sedia maklum, pada tanggal 23 Jun nanti, pasangan Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah bakal mendirikan rumah tangga bersama setelah mengikatkan tali pertunangan bulan lalu.

Jika minggu lalu video malam berinai menjadi perhatian kerana disambut besar-besaran bersama penari gelek, kali ini video bachelorette party bakal isteri Shuib itu pula tular.

Advertisement

Dapat dilihat dalam video yang tular itu, Watie bersama teman rapatnya sedang seronok sambil gelak ketawa bersama-sama.

Hal yang membuatkan video berkenaan menjadi perhatian kerana netizen terkedu melihat perangai Watie yang sama sekali berbeza dengan tingkah lakunya sewaktu tampil di program televisyen, sebelum ini.

komen netizen

komen netizen

Bahkan, ada yang membuat spekulasi bahawa perkataan one-shot sewaktu salah seorang rakan Watie mahu meminum air gula itu juga tidak diguna ramai, melainkan sebelum ini sering melakukannya.

Video tersebut telah meraih perhatian cukup hebat di platform TikTok hingga meraih lebih 14,000 tanda suka dan 1 juta tontonan daripada pengguna.

majlis berinai watie hanifiah
11 months ago

"Ni Ke Shuib Cakap Majlis 'Terpaling' Berserdahana Tu" - Majlis Berinai Watie Hanifiah Disambut Meriah Dengan Penari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...