Sedia maklum, pada tanggal 23 Jun nanti, pasangan Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah bakal mendirikan rumah tangga bersama setelah mengikatkan tali pertunangan bulan lalu.
Jika minggu lalu video malam berinai menjadi perhatian kerana disambut besar-besaran bersama penari gelek, kali ini video bachelorette party bakal isteri Shuib itu pula tular.
Dapat dilihat dalam video yang tular itu, Watie bersama teman rapatnya sedang seronok sambil gelak ketawa bersama-sama.
Hal yang membuatkan video berkenaan menjadi perhatian kerana netizen terkedu melihat perangai Watie yang sama sekali berbeza dengan tingkah lakunya sewaktu tampil di program televisyen, sebelum ini.
Bahkan, ada yang membuat spekulasi bahawa perkataan one-shot sewaktu salah seorang rakan Watie mahu meminum air gula itu juga tidak diguna ramai, melainkan sebelum ini sering melakukannya.
Video tersebut telah meraih perhatian cukup hebat di platform TikTok hingga meraih lebih 14,000 tanda suka dan 1 juta tontonan daripada pengguna.