Hilang Ingatan Buat Sementara Waktu, Fazli Zainal Alami Bengkak Di Bahagian Otak

Hiburan

Hilang Ingatan Buat Sementara Waktu, Fazli Zainal Alami Bengkak Di Bahagian Otak

Penyanyi yang pernah dijangkiti COVID-19 sebelum ini, Fazli Zainal memaklumkan bahawa dia telah mengalami bengkak di bahagian otak sehingga berlaku komplikasi kehilangan memori jangka pendek (short term memory loss).

Fazli Zainal
3 bulan lalu

75 Peratus Paru-Paru Fazli Zainal Rosak Akibat COVID-19

Advertisement

Berita duka itu dimaklumkan Fazli Zainal menerusi laman sosial Instagram miliknya, kelmarin.

Jelasnya, bengkak di bahagian otak itu terjadi kerana tekanan dan stress disebabkan oleh terlalu memikirkan soal kerja secara tiba-tiba.

Advertisement

Doktor bagitahu otak saya bengkak sedikit semalam (Jumaat). Mungkin stress fikir fasal banyak kerja tiba-tiba. Tapi Alhamdulillah saya tak apa-apa. Insya-Allah, doktor akan merawat saya dengan baik. Semalam saya hilang ingatan sekejap.

Malam Jumaat lalu, penyanyi lagu Harapan itu dilaporkan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di Shah Alam selepas tekanan darahnya naik secara mendadak.

Kata Doktor yang merawat Fazli, penyanyi itu telah mengalami simptom awal penyakit angin ahmar.

Terdahulu, Fazli pernah dirawat di Hospital Ampang pada 31 Julai lalu selama 29 hari akibat dijangkiti wabak COVID-19.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Fazli Zainal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...