Hilang Hampir 2 Bulan, Wartawan Ini Tampil Cerita Kisah Sebenar

COVID-19

Hilang Hampir 2 Bulan, Wartawan Ini Tampil Cerita Kisah Sebenar

Seorang wartawan yang bekerja untuk sistem penyiaran CCTV di China antara yang dilaporkan hilang di Wuhan sewaktu bertugas untuk mendapatkan berita mengenai krisis COVID-19 di wilayah itu.

Wartawan bernama Li Zehua itu hilang selama hampir 2 bulan.

Gambar Hiasan

Advertisement

Sewaktu berita kehilangannya tular, Radio Free Asia membuat laporan kemungkinan Li telah menjadi sasaran selepas mengunjungi Institut Virologi Wuhan iaitu sebuah makmal yang melakukan penyelidikan mengenai kesan coronavirus pada kelawar.

Ramai yang mempercayai laporan itu, berikutan Li pernah memuat naik beberapa video di YouTube, Weibo, dan Twitter miliknya pada 17 Februari yang lalu. Dia mendakwa bahawa jawatankuasa kejiranan telah berusaha menutup maklumat mengenai jangkitan virus tersebut .

Li turut memberitahu bahawa ejen keselamatan negara kini sedang memburunya, sebelum rakaman videonya itu berakhir secara tiba-tiba apabila kelihatan dua individu memasuki kediamannya. Dia kemudian terus menghilang tanpa berita.

Advertisement

Li kini tampil menceritakan kisah sebenar di sebalik kehilangannya.

Menurut Li, dia telah ditahan oleh pihak polis China dan dikuarantin secara paksa atas tuduhan mengganggu ketenteraman dan tugas penjawat awam gara-gara video yang telah dimuat naik itu.

Apa yang menghairankan, Li kini berpandangan lebih positif terhadap pihak berkuasa China mengenai virus COVID-19. Berbeza daripada pandangannya sebelum ini. 

Li turut memuji pihak polis kerana telah memberikan layan yang baik sepanjang tempoh dia dikuarantin. Dia menyatakan yang dia hanya perlu berehat dan makan sahaja ketika berada di sana.

Dia juga memberitahu bahawa pihak polis tidak mengenakan apa-apa tindakan di atas dakwaan kesalahannya.

Semoga Tuhan memberkati China dan orang-orang di dunia bersatu.

Selain Li Zehua, dua lagi wartawan yang lain Chen Qiushi dan Fang Bing turut dilaporkan hilang sejak Februari lalu.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...