Hilang Fokus Ketika Persembahan Di GV8, Bandi Amuk Diganggu Makhluk Halus?

Hiburan

Hilang Fokus Ketika Persembahan Di GV8, Bandi Amuk Diganggu Makhluk Halus?

Penyanyi Bandi Amuk yang kini bertanding di pentas nyanyian Gegar Vaganza musim ke-8 mendedahkan bahawa persembahan pada minggu ke-4, Ahad lalu bukanlah persembahannya yang terbaik.

Ujar Bandi, dia hanya memberikan 60 peratus skala persembahan daripada apa yang sepatutnya dipersembahkan pada malam itu.

Advertisement

Malah, kata Bandi lagi, dia ada menerima sedikit ‘gangguan’ ketika menyampaikan lagu Satu Kesan Abadi nyanyian asal kumpulan Iklim.

Terus terang saya cakap condition saya 60% je daripada apa yang ada pada Bandi. Sebab ada benda lain yang menganggu saya punya konsentrasi.

Saya sebenarnya tak boleh cerita keluar benda ni, tapi itu salah satu benda yang kacau tumpuan saya nak menyanyi.

Dalam pada itu, Bandi turut memohon maaf kepada peminat kerana persembahannya pada malam itu agak mengecewakan.

Dia juga berjanji akan memberikan yang terbaik untuk persembahan minggu ke-5 yang akan berlangsung Ahad depan.

Terdahulu, minggu ke-4 pertandingan nyanyian popular itu telah menyaksikan Datuk Fazley Yaakob telah tersingkir kerana memperoleh markah tercorot iaitu 50% berbanding bintang GV8 yang lain.

Bandi Amuk
3 years ago

Bandi Amuk Nafi Kejar Publisiti Murahan Umum Buka Topeng Muka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...