Hilang Deria Rasa Dan Bau, Puteri Sarah Sah Positif COVID-19

Hiburan

Hilang Deria Rasa Dan Bau, Puteri Sarah Sah Positif COVID-19

Pelakon Puteri Sarah mengesahkan dirinya positif COVID-19 setelah membuat Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) di Pusat Perubatan MSU, Shah Alam semalam setelah hilang deria rasa, bau, badan berasa penat dan selsema.

Puteri Sarah, 36 berkongsikan berita yang kurang mengembirakan itu di Instagramnya setelah didapati positif COVID-19 semalam.

Advertisement

Pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu memberitahu dirinya kelihatan sihat, namun mengalami simptom-simptom yang menandakan dirinya positif COVID-19 seperti hilang deria rasa dan bau sebelum melakukan ujian saringan.

Assalammualaikum semua, baik-baik kita menjaga SOP dan tak campur orang akhirnya kecundang jua. I was a type C before this sebabkan shooting dan dua kali buat swab test Sarah negative.

Sadly, semalam buat swab test sebab Sarah tak ada deria rasa bila makan also tak ada deria bau (baru berlaku semalam) pegi test found out im positive COVID-19.

Dalam pada masa yang sama juga, Sarah meminta siapa-siapa saja yang mempunyai kontak rapat dengan dirinya, segera membuat ujian saringan juga.

Meninjau di ruangan komen, ramai peminat yang turut mendoakan Sarah supaya cepat sembuh dari penyakit ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...