Merasakan dirinya semakin hilang deria bau, pelakon kecil molek Shakilla Khoriri luah rasa bimbnag di laman Instagramnya.
Meskipun sudah mendapatkan rawatan dan merujuk kepada doktor, namun masalah tersebut masih tidak dapat dibendung apabila terdapat ketulan lendir dalam rongga hidungnya.
Menurutnya, hanya 40 peratus oksigen sahaja yang menembusi ruang hidungnya kerana tersumbat. Lebih perit, keadaan lendir itu juga difahamkan berubah-ubah apabila Shalia menyentuhnya.
https://www.instagram.com/p/CA4PwxxpOAc/?utm_source=ig_embed
“Pernah pergi klinik tapi doktor kata hanya alergi dan kesan selesema atau bersin berkali-kali.”
Ujar Shakilla, beliau kini hanya bergantung kepada ubat yang dibelinya di farmasi sahaja.
Hal ini demikian kerana, makin hari, ruang oksigen difahamkan semakin sempit tertutup dengan ketulan lendir berkenaan.
“Saya jadi makin hilang deria bau disebabkan tertutup ruangan saluran hidung ni.”
Tambahnya, masalah tersebut juga menjadi lebih parah selepas beliau melahirkan anak sulungnya, Ameena.
Bagaimanapun, selain mendoakan kesembuhan buat Syakilla, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyarankan pelakon itu untuk merujuk kepada pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) supaya segala masalah yang timbul dapat diubati dengan sebaik mungkin.