Hilang Anak Di Taman Permainan Pada Tahun 1989, Bertemu Semula Selepas 31 Tahun Atas Usaha Polis

Kehidupan

Hilang Anak Di Taman Permainan Pada Tahun 1989, Bertemu Semula Selepas 31 Tahun Atas Usaha Polis

Siapa sahaja yang tak sedih sekiranya mereka terpaksa meneruskan hidup meskipun anak kesayangan lenyap tanpa berita dengan tiba-tiba sahaja. Mesti hari-hari yang dilalui akan berasa hiba dan kosong sahaja.

Sama juga dengan seorang wanita tua berusia 60-an yang sudah kehilangan anak perempuannya sejak 31 tahun yang lalu. Pada Februari lepas, wanita itu memberanikan diri untuk mendekati balai polis Samsan di Incheon untuk melaporkan mengenai berita tersebut.

Advertisement

Tolong cari anak perempuan saya yang hilang.

Wanita tua itu mendedahkan bahawa pada tahun 1989, anaknya yang pada ketika itu berumur 6 tahun telah hilang secara tiba-tiba selepas keluar bermain di taman permainan. Pihak polis bekerja sekeras mungkin bagi mencari anaknya itu selama hampir sebulan tetapi usaha mereka itu menemui jalan mati.

taman permainan

Pada bulan lepas, wanita tua tersebut telah menjumpai satu poster mengenai ‘Pencarian Anak Yang Hilang’ di mana ia menyatakan bahawa anak yang lenyap boleh dicari dengan menggunakan sistem data DNA. Atas permintaan wanita itu, pihak polis Incheon telah ‘menggali’ sistem data tersebut dan mendapati bahawa anak perempuannya telah menerima bantuan kebajikan menerusi sebuah organisasi di Seoul.

Tanpa membuang masa, pihak polis menghubungi organisasi tersebut dan mendapat tahu bahawa kanak-kanak itu telah dipindahkan ke fasiliti penjagaan kanak-kanak di Busan selepas tamat sekolah rendah. Anak perempuannya itu juga dikhabarkan telah tinggal di pusat tersebut sehingga dia habis sekolah menegah sebelum mula bekerja pada tahun 2003. Walaubagaimanapun, pihak polis gagal mendapatkan sebarang informasi mengenai anak perempuan wanita tersebut mengenai tempat kerjanya.

Tidak berputus asa, pihak polis kemudiannya memperolehi nombor pendaftaran rakyat anak perempuan tersebut dan berjaya mengesan lokasi tempat tinggalnya sekarang iaitu bertempat di daerah Gyeonggi, Hwasung.

anak beranak ditemui selepas 31 tahun hilang

Hasil ujian DNA yang dilakukan berjaya membuktikan bahawa individu yang dikesan oleh mereka itu sememangnya merupakan anak perempuan yang hilang 31 tahun dahulu. Pertama kali bertentang mata selepas sekian lama, kedua beranak itu hanya diam seribu bahasa selama 10 minit dan terus menangis sambil memeluk erat antara satu sama lain.

Ini adalah satu keajaiban, Saya berjumpa dengan anak perempuan saya yang hilang kerana usaha keras pihak polis.

Semoga keluarga ini dapat luangkan masa untuk gantikan waktu yang hilang sebelum ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...