Hilang 900,000 Followers, Rugi RM500,000 Akibat Laman Sosial Di’Hack’, Linda Rafar Buat Laporan Polis

Hiburan

Hilang 900,000 Followers, Rugi RM500,000 Akibat Laman Sosial Di’Hack’, Linda Rafar Buat Laporan Polis

Linda Rafar baru-baru ini dilaporkan telah jatuh ditimpa tangga apabila laman sosial miliknya telah digodam oleh pihak bertanggungjawab. Lebih malang lagi, dia juga telah kehilangan hampir 900,000 pengikut di Instagram dan Facebook.

Menurut Linda, dia mula menyedari laman sosialnya mengalami masalah apabila nama serta emel instagram miliknya telah bertukar secara tiba-tiba selepas dia cuba mendaftar masuk ke dalam akaun miliknya.

Advertisement

Dia yang dihubungi mStar online memberitahu bahawa akaunnya telah digodam pada 4 Jun yang lalu apabila username @Lindarafar bertukar kepada @furkanxonuronline.

“Kemudian saya cuba untuk log masuk ke dalam emel saya tetapi telah bertukar kepada @[email protected] di mana alamat ini diperolehi apabila saya ingin membuat pengesahan sebagai pemilik alamat emel,”

Dia yang ditemui pada sidang media khas mengenai kes itu pada selasa lalu turut mengesyaki dan yakin bahawa penggodam tersebut kini berada di Malaysia berikutan nombor telefon yang didaftar untuk pengesahan alamat emel adalah kod negara ini.

View this post on Instagram

A post shared by Linda Rafar (@lindarafarr) on

Penyanyi kumpulan Elite itu dilaporkan telah membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 5 Jun lalu.

Antara kesan daripada aktiviti tidak bertanggungjawab itu selain kehilangan hampir 1 juta pengikut adalah kerugian yang dihadapi hampir RM500,000 melibatkan perjanjian dirinya sebagai duta produk.

Akibat daripada kejadian itu juga, Linda Rafar berasa kesal kerana ianya menjejaskan punca pendapatan dirinya dan beberapa artis lain yang turut mengalami keadaan yang sama dalam pada ketika ekonomi yang tidak menentu sepanjang tempoh waktu pandemik COVID-19 ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...