Hilang 52 Kilogram, Michael Ang Tak Suka Dengan Penampilan Terkini

Hiburan

Hilang 52 Kilogram, Michael Ang Tak Suka Dengan Penampilan Terkini

Dilihat semakin langsing sehingga mengejutkan ramai pengikut di laman sosial, pengarah dan penerbit tersohor tempatan, Michael Ang baru-baru ini tampil bersuara berkenaan penampilan terbaharunya kini.

michael ang kurus

Advertisement

Menurutnya beliau akui tidak suka akan perubahan yang berlaku kepada dirinya, malah berhasrat ingin kembali menjadi gempal seperti dahulu.

“Salam semua. Okay I think my losing weight thingy is getting out of hand. I need to gain back! I don’t like how I look now! Love you all and stay safe!”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya seakan terkejut dengan perubahan mendadak yang dilalui Michael apabila beliau dikhabarkan telah hilang sebanyak 52 kilogram (kg) selepas menjalani pembedahan bariatric sleeve pada tahun 2018.

“Dulu berat saya 128 kg, kini berat badan saya 76 kg. Semenjak melakukan pembedahan terbabit, berat badan saya mula turun secara perlahan-lahan.”

Pembedahan terbabit dipercayai memotong 85 peratus perut dan dikeluarkan melalui lubang kecil yang ditebuk pada perut.

michael ang kurus

“Bila orang tegur, mereka berkata mengenai penampilan saya, Sejujurnya, saya sendiri pun rasa tak nak nampak kurus sangat.”

Ujar Michael, beliau melihat susuk tubuhnya yang semakin mengecil kini adalah tidak sesuai dengan penampilannya.

michael ang kurus

“Sebab, saya sendiri rasa saya ‘buruk’ apabila saya kurus sangat. Apa yang penting, saya sudah semakin sihat. Saya juga bersyukur kerana proses ‘pengecilan’ badan saya ini tidak membuatkan kulit saya menjadi menggelebeh,”

Selain memberikan manfaat daripada sudut kesihatan termasuk mengatasi penyakit diabetes, sakit sendi dan sakit belakang, pembedahan ini juga secara tidak langsung menyebabkan makanan hanya boleh diambil dalam kuantiti kecil.

Untuk rekod, kaedah ini antara kaedah paling selamat untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan dengan kesan kegemukan ketara atau obesiti.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...