Hikmah Tak Peduli Beg Gucci, Prada, Reen Rahim Masih Mampu Tanggung Keluarga Kala Pandemik

Hiburan

Hikmah Tak Peduli Beg Gucci, Prada, Reen Rahim Masih Mampu Tanggung Keluarga Kala Pandemik

Pelakon Reen Rahim menerusi sebuah hantaran di Instagram memberi jaminan bahawa dia masih mampu menyara dan menyediakan keperluan untuk ahli keluarga sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini.

Reen Rahim
4 years ago

Reen Rahim Sambut Raya Berseorangan Gara-Gara Positif COVID-19

Advertisement

Ujar Reen, sifat ‘kedekut’ dan tidak membazir yang diamalkan olehnya selama ini mempunyai hikmah yang tersendiri di mana ia boleh digunapakai pada waktu yang meruncing seperti sekarang.

View this post on Instagram

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

Katanya lagi, sejak dari dahulu, dia sentiasa bersiap sedia dari segi kewangan untuk berdepan dengan sebarang situasi yang mencabar dan terdesak.

“Insya-Allah baba, saya boleh bantu baba dan amie. Insya-Allah barang dapur takkan putus. Sekarang fahamlah kenapa adik (panggilan untuk dirinya) tak peduli beg LV, Gucci, Prada? Sekarang faham kenapa adik tak mewah-mewahkan kalian walaupun mampu! Sebenarnya adik bersiap sedia untuk situasi seperti sekarang.”

Dia dalam pada itu sempat menyampaikan pesan kepada peminat di luar sana agar sentiasa menjaga kesihatan mental meskipun hebat dilanda tekanan hidup seharian.

View this post on Instagram

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

Pelakon Pujaan Hati Kanda itu menganggap tiada guna jika kita kembali menjalani kehidupan seperti normal namun masih terseksa kerana mengalami masalah mental.

“Semoga Allah SWT ajar hati kita semua untuk reda dan tenang menghadapi situasi kita sekarang. Amin.” tulisnya memberi peringatan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...