April 23rd, 2020

Nampaknya pelakon Siti Elizad, menggunakan sebaiknya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan membaca Al-Quran. Menerusi akaun Instagramnya, dia meluahkan rasa syukur kerana berjaya khatam sepanjang PKP ini.

siti elizad khatam al-quran

Elizad  berharap agar dapat memulakan sesi yang baru sempena ketibaan Ramadan tahun ini.

Turut memuat naik fotonya manis bertelekung di samping suami Shamsul Baharin, rata-rata netizen berharap agar Ramadhan ini akan memberikan keberkatan kepadanya. Malah, ada yang  turut mendoakan agar pasangan ini dikurniakan zuriat.

siti elizad khatam al-quran

Semoga doa Elizad dan suami akan dimakbulkan Allah SWT dan semoga mereka dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.


3 responses to “Hikmah PKP, Siti Elizad Berjaya Khatam Al-Quran”

  1. Anonymous says:

    Allahuakbar!siapa kita nk judge sesama manusia. Anda tau ke dia x apa yg dia pelajari. Cuba la bersangka baik. Dia dah membacapun satu pahala yg besar. Bulan ramadan ni perbetulkan niat kita. Sayapun tak baik tapi kita usaha jadi orang baik².

  2. Anonymous says:

    Bersangka baikla sis, khatam Quran kan bagus.. Abis semua ko nak kecam.. Benda xelok ko xnak kecam..

  3. farah says:

    what’s the point of khatam but don’t understand the true meaning of quran. Kalau baca je, budak kindergarten pun boleh. Yang penting is to understand, analyse and interpret the true teachings and meaning of quran barulah afdal. Ni sekadar nak menunjuk je yg terlbih muslimah.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...