Umum tahu sejak dunia diserang Covid-19, hampir semua negara menguatkuasakan ‘lockdown’ yang membataskan pergerakan orang ramai dalam usaha untuk mengekang penularan wabak tersebut.
Orang ramai diarahkan untuk sentiasa berada di rumah bersama keluarga masing-masing dan hanya keluar jika terdapat urusan yang penting yang tidak dapat dielakkan.
Susulan itu, pasti ramai yang bosan kerana terlalu lama menghabiskan masa di rumah tanpa dapat keluar berjalan-jalan.
Namun, seorang lelaki yang dikenali sebagai Paulo Vaa mengambil kesempatan ‘lockdown’ dan berada di rumah untuk mengubah bentuk fizikal dirinya dalam tempoh masa lapan minggu.
Dalam tempoh masa yang agak singkat itu, dia telah berjaya mengurangkan 25.4 kilogram (kg) berat badannya. Tambah menarik, dia turut berkongsi perubahan yang memaparkan fizikal terbaru dirinya yang kelihatan semakin sasa dan sado.
Wahh, mungkin dia konsisten setiap hari untuk dapatkan berat badan yang diimpikan.