Sedang hangat dilanda kontroversi saman – menyaman antara pelakon kontroversi Zarina Anjoulie yang nampaknya masih berlanjutan dan tiada berpenghujung, aktres Amyza Aznan mengakui dia kini menerima banyak tawaran dalam bidang lakonan.
Dia yang lebih ingin dikenali sebagai kak Kaia, telah menerima semua tawaran tersebut kerana enggan mengecilkan hati orang lain, bukanlah kerana tamak semata-mata.
Sudah terlibat hampir 20 tahun dalam industri seni, Amyza yakin dengan perwatakannya yang kelakar serta bakat yang dimiliki menjadikan dirinya berjaya membawa pelbagai watak dalam telemovie dan filem.
“Hari ini kak Kaaia bergegas ke set shooting yang lain. Alhamdullilah.. rezeki semakin mencurah-curah bak hujan jatuh ke bumi. Bukan tamak, tapi tak nak kecilkan hati orang,”
Semakin popular setelah membintangi telemovie drama Budak Tebing, dia telah berkongsi mengenai perkembangan terbaru dirinya itu melalui laman instagram miliknya. Beberapa sedutan rakaman yang masih dijalankan turut dimuat naik untuk tatapan peminat.
View this post on Instagram
Kes saman antara Amyza Aznan dan Zarina Anjoulie dilaporkan masih dalam proses mahkamah sejak April lalu sehingga kini.
Ditemui mStar online, Amyza turut memberitahu akan terus menuntut ilmu dalam bidang lakonan supaya dirinya kekal relevan dalam industri dan mahu memenangi lebih banyak anugerah pada masa hadapan.
Mengimbas kembali, Amyza pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik ketika Anugerah Skrin 2019 yang lalu menerusi drama Batik Zakiah.
Sumber: mStar Online