Hikmah Berkahwin, Zizi Akhirnya Temui Bapa Setelah 33 Tahun Terpisah

Hiburan

Hikmah Berkahwin, Zizi Akhirnya Temui Bapa Setelah 33 Tahun Terpisah

Siapa sangka, penyanyi rap wanita yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, Zizi Kirana akhirnya kembali menjalin kasih bersama bapa setelah 33 tahun berpisah.

zizi kirana
3 years ago

"Sekarang Manja Seperti Kucing.." Zizi Kirana Akui Terpikat Sikap Matang Yusuf Bahrin

Advertisement

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Eh! itu, kali terakhir dia berjumpa bapanya ketika dia berusia 3 tahun kerana bercerai.

Sebaik ibu-bapanya membawa haluan sendiri, Zizi berusaha untuk menjejaki lelaki berkenaan untuk menyempurnakan urusan perkahwinannya bersama pelakon Yusuf Bahrin.

Kali terakhir saya bersama dengan ayah adalah ketika berusia tiga tahun dan kemudian kami tidak lagi bertemu setelah ibu bapa saya mengambil keputusan untuk berpisah. Apabila saya dan Yusuf sepakat mahu melangsungkan perkahwinan, saya kembali berusaha mencari ayah dengan melakukan pelbagai cara seperti yang dicadangkan.

Antara usaha yang dilakukan Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil,36, adalah melaksanakan hebahan mengenai bapanya selain mencari di Instagram.

Alhamdulillah, saya terjumpa adik nama adik-beradik lain dan emak yang terlebih dahulu menghubungi bapa menyatakan hasrat kami. Selepas itu, baru saya pula bercakap dengannya.

Zizi bercerita mengenai perkara itu ketika sesi temubual menerusi Instagram Live anjuran Nurflixtv bertajuk Rahsia Dia: Jodoh dan Ketentuan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zizi turut memaklumkan bahawa bapanya itu memberi kerjasama yang baik sehingga segala urusan berjalan dengan lancar.

Terdahulu, Zizi dan suami, Yusuf Bahrin,29, telah mendirikan rumah tangga pada 19 September bertempat di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...