Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

“Hijab Berkait Dengan Taqwa Untuk Menjauhi Tempat Maksiat Seperti Kelab Malam”

Malam tadi, jutawan dan pelakon Neelofa Mohd Noor telah melancarkan koleksi tudung BeLofa di sebuah kelab malam dengan agen-agen jenama tudungnya. Pemilihan kelab itu sebagai lokasi bagaimanapun dipertikaikan ramai pihak.

Advertisement

Seorang pensyarah di Fakulti Ubatan dan Sains Kesihatan sebuah universiti tempatan, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar telah menulis mengenai kontroversi tersebut.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


–Pelancaran Hijab Neelofa di Kelab Malam The Zouk–

Terasa amat sedih dan terkilan dengan perkembangan terbaru ini.

Advertisement

Betapa jauhnya wanita Muslim kini dari prinsip dan falsafah sebenar kita memakai hijab. Hijab adalah identiti yang berkembar rapat dengan TAQWA , identiti kita sebagai wanita Muslim, yang sepatutnya menjauhi tempat – tempat maksiat, seperti kelab malam, apatah lagi The Zouk yang pernah mengundang berbagai kontroversi kerana penangkapan artis Muslim yang minum arak, dan pertandingan ratu cantik melibatkan peserta Islam suatu masa dahulu.

Adakah difikirkan pelancaran hijab itu, boleh mengIslamkan entiti kelab malam seperti The Zouk

atau

sebenarnya normalisasi yang sedang berjalan bahawa wanita Muslim yang bertudung juga sudah bebas boleh mengunjungi kelab malam?

Alasan yang diberikan adalah tema dan kos penajaaan yang murah? Bukankah terlalu banyak tempat lain yang boleh dipilih yang lebih sederhana kosnya? Yang lebih mulia?

Advertisement

Betul, jangan difikirkan kata – kata orang, namun mohon Neelofa rujuklah semula Ayat-Ayat Al-QuranNya berkenaan hijab dan menghayati semula pesanan Allah SWT. Semoga Allah SWT melindungi kita dari fitnah akhir zaman ini.

Hendaknya menutup seluruh tubuh dan tidak menampakkan anggota tubuh sedikit pun, selain yang dikecualikan karena Allah berfirman, “Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dada mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang biasa nampak.” (An-Nuur: 31)

Allah Subhannahu wa Ta’ala,“Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.” (Al Ahzab :59).

Wahai istri-istri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (QS.Al-Ahzab : 32)

Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliah dahulu. (QS.Al-Ahzab : 33)Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (istri-istri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. (Cara) yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. (QS. Al-Ahzab : 53)

Tulisan Dr Rafidah telah menjadi viral di Facebook dengan lebih 12,000 perkongsian setakat ini.

Ada kalanya kita merasakan kita betul, tapi tak salah juga jika kita menerima pandangan orang lain, apatah lagi perkara ini melibatkan sensitiviti agama. Walaupun memberitahu tidak peduli dengan kecaman Netizen, sekurang-kurangnya pendapat mereka yang arif mengenai agama juga, perlu diambil kira.

Advertisement

Terpulang pada Neelofa bagaimana untuk menangani PR stunt yang boleh dikatakan backfired ini. – beautifulnara.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

207 Comments

  1. Anonymous

    February 28, 2018 at 8:38 am

    nak harap neelofa tampil mintak maaf? jangan harap. issue yg supplement suruh bagi baby tu ada dia bg apa2 statement selain pusing pi tempat lain? puiii neelofa. pernah beli sekali je tudung dia tu pun sbb akak ipar jd agent. konon tlg adik beradik. tp sekali je pakai tudung dia. tak minaatttt

  2. Ambek koooo

    February 27, 2018 at 7:58 pm

    “Neelofa perlu bertaubat!” Itu komen ringkas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung tindakan Neelofa mengadakan majlis pelancaran tudung di sebuah pusat hiburan terkenal di ibu negara, malam tadi- Harian Metro online. Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad pula menyifatkan tindakan Neelofa itu salah kerana bersubahat melakukan perkara berunsur maksiat.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top