Highland Towers Bakal Dirobohkan? MPAJ Sedang Tunggu ‘Green Light’ – “Kos Boleh Cecah RM7 Juta”

Kehidupan

Highland Towers Bakal Dirobohkan? MPAJ Sedang Tunggu ‘Green Light’ – “Kos Boleh Cecah RM7 Juta”

Keputusan sama ada dua blok yang masih wujud di Highland Towers, Hulu Kelang, Selangor akan dirobohkan dijangka diketahui dalam tempoh dua bulan.

Menurut laporan The Star, Mahkamah Majistret Ampang dijangka akan mengumumkan keputusan pada 25 Julai ini.

Advertisement

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah memfailkan permohonan perintah mahkamah pada tahun lalu bagi meneruskan usaha merobohkan dua blok bangunan yang telah lama terbiar itu.

highland towers

Timbalan Presiden MPAJ, Hasrolnizam Shaari berkata, pihak berkuasa tempatan perlu menunggu keputusan mahkamah terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lanjut dapat diambil.

Selepas mahkamah membuat keputusan, MPAJ akan memaklumkan perkara tersebut kepada kerajaan negeri.

Langkah seterusnya hanya boleh dilakukan selepas kami menerima maklum balas daripada kerajaan negeri.

Tahun lalu, MPAJ mula mengambil langkah awal untuk merobohkan blok-blok Highland Towers selepas menerima aduan penduduk. Menurut Presidennya ketika itu, Dr. Ani Ahmad, notis akan dikeluarkan kepada pemilik hartanah dengan anggaran kos perobohan antara RM6 juta hingga RM7 juta.

highland towersSumber : Sumber : Reddit  

Hasrolnizam memaklumkan sebanyak RM7.5 juta diperuntukkan tahun ini untuk penyelenggaraan dan penambahbaikan, selaras dengan pendekatan pembangunan berpusatkan rakyat oleh MPAJ.

Menurutnya, peruntukan ini seiring dengan semakan kadar cukai taksiran yang telah menyaksikan peningkatan kadar.

Antara projek yang dirancang termasuk menaik taraf gerai makanan, pasar serta penyelenggaraan kemudahan di kawasan rekreasi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim sebelum ini telah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan agar meningkatkan infrastruktur dan perkhidmatan awam menggunakan hasil tambahan yang diterima.

Highland towersSumber : Sumber : enanyang 

Selain daripada peruntukan oleh MPAJ, Hasrolnizam memaklumkan sejumlah RM25 juta daripada kerajaan negeri dan Persekutuan turut akan digunakan untuk menyokong pelaksanaan pelbagai projek penambahbaikan infrastruktur.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Vivy yusof tuutp kedai duck
7 hours ago

Kedai Tudung Duck Milik Vivy Yusof Ditutup, Peminat Luah Rasa Hampa - "Produk Dah Berkualiti Tapi Tu La.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Star

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...