Hidup Terumbang-Ambing Ketika Pandemik COVID-19, Penyanyi Yazid Izaham Kini Bergelar Juruteknik Di Sebuah Syarikat Swasta

Hiburan

Hidup Terumbang-Ambing Ketika Pandemik COVID-19, Penyanyi Yazid Izaham Kini Bergelar Juruteknik Di Sebuah Syarikat Swasta

Keadaan negara gara-gara pandemik COVID-19 telah memaksa penyanyi baru, Yazid Izaham,22, untuk mencari pendapatan tetap dan tidak mengharapkan nyanyian semata-mata.

Dia yang mengambil keputusan untuk mengubah laluan hidup mengakui hidupnya agak terumbang-ambing apabila dunia berhadapan dengan virus itu.

Advertisement

Setelah tiga tahun mencuba nasib sebagai penyanyi dan bernaung di bawah syarikat rakaman Aries Music, Yazid atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Mohd Izaham kini bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat swasta.

View this post on Instagram

A post shared by Yazid Izaham (@yazidizaham_)

“Saya amat terkesan dengan COVID-19 yang menyerang seluruh dunia. Disebabkan tiada undangan persembahan dan banyak program terpaksa dibatalkan, punca rezeki juga terbantut. Saya ambil keputusan untuk mencari kerja tetap sejak tengah Julai lalu. Alhamdullilah kini saya bekerja sebagai juruteknik bagi meneruskan hidup,”

Difahamkan Yazid sudahpun bergelar penyanyi ketika dia masih menuntuk dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di sebuah institusi pengajian awam di Kuantan, Pahang.

View this post on Instagram

A post shared by Yazid Izaham (@yazidizaham_)

Dalam pada itu, penyanyi lagu Mudahnya Kau Berubah ini juga tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-33.

Meskipun tercalon, Yazid tidak berharap untuk merangkul anugerah tersebut kerana saingan yang cukup sukar namun bersyukur kerana dapat menempat nama dama pencalonan tersebut.

Perkembangan terkini. Yazid mempunyai sebuah single terbaru untuk dikeluarkan sebelum kontrak tamat namun hanya berharap kepada syarikat rakaman mengenai keputusan untuk ‘rilis’ lagu tersebut.

“Saya tak pasti apakah single baru berkenaan akan berkubur begitu saja atau dikeluarkan. Saya reda apapun keputusan syarikat rakaman. Saya boleh beri kerjasama jika single berkenaan mahu dikeluarkan..” – Yazid Izaham

Sumber : Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...