Penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa syukur kerana telah memegang nasihat daripada seniwati Allahyarham Sharifah Aini agar sentiasa menyimpan dan berjimat cermat dalam kehidupan seharian.
Ini berikutan pandemik COVID-19 yang kini melanda negara telah mengakibatkan tawaran nyanyian semakin kurang namun tidak menjejaskan kehidupan harian Shiha Zikir kala ini.
Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir berkata bahawa dia telah mengikuti pesanan Allahyarham Sharifah Aini agar sentiasa menyimpan duit dan mengakui bahawa agak sukar untuk mendapat tawaran nyanyian pada ketika ini.
View this post on Instagram
“Arwah berpesan, setiap kali dapat bayaran kena beringat untuk simpan dalam 50 peratus duit bayaran yang kita dapat. Mula-mula itu memang agak berat nak buat tapi sekarang baru nampak kebaikan itu. Waktu sekarang ini memang susah nak dapat tawaran menyanyi, kalau sebelum ini boleh kata setiap minggu ada tawaran show luar. Jadi, simpanan saya buat selama ini sangat membantu.”
Meskipun tawaran nyanyian semakin berkurang, Shiha berkata bahawa perkara itu telah membuka peluang untuk dirinya kembali aktif falam bidang lakonan dan pengacaraan.
View this post on Instagram
Pelakon watak pontianak dalam telefilem Matilah Nak Pontianak ini walau bagaimanapun menegaskan bahawa kerjaya nyanyian tetap nombor satu dalam hatinya dan kini hanya ingin mengikuti keadaan semasa dan rezeki yang datang sepanjang pandemik ini.
Sumber : mStar Online