“Hidup Tak Boleh Manja Sangat Dik..” – Caprice Nasihat Pelajar Luah Kesedihan Tak Dapat Makan Sehari Di IPT

Kehidupan

“Hidup Tak Boleh Manja Sangat Dik..” – Caprice Nasihat Pelajar Luah Kesedihan Tak Dapat Makan Sehari Di IPT

Satu video menjadi tular semalam apabila seorang pelajar sebuah institusi tinggi menangis gara-gara tidak dapat makan kerana kafeteria ditutup.

Pelajar itu meluahkan rasa sedih dan kecewa selain mendakwa pihak pengurusan kampus universiti itu yang menutup tempat makan pelajar itu sekaligus membuatkan dia kelaparan selama satu hari.

Advertisement

Semalam saya dah tak makan satu hari. Tak makan tu bukan sebab tak ada duit, sebab kafe tak bukak. Habis tu student yang masuk ni nak makan apa.

Luahan perasaan pelajar di TikTok itu kemudiannya mendapat perhatian penyanyi Caprice yang tampil memberikan nasihat kepada individu itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Kata Caprice, seseorang yang hidup dalam dunia ini tidak boleh bersikap ‘manja’ tak bertempat.

Minta maaf dik, hidup ni tak boleh manja sangat. Lain la adik kata adik tak ada duit ke, dua tiga hari tak dapat nak makan. Boleh la kita bukak tabung ke, transfer duit raya ke.

Ujarnya, sebagai seorang lelaki, pelajar itu perlu mencari jalan apatah lagi di zaman serba canggih dan segala servis di hujung jari.

Difahamkan pelajar itu tampil memohon maaf kepada pihak pengurusan universiti kerana tersalah anggap mengenai keadaan sebenar.

“Sebenarnya pihak universiti telah menyediakan keperluan makanan, minuman kepada para pelajar yang mempunyai masalah tersebut (tak ada duit dan masalah untuk mendapatkan sumber makanan). Cuma saya yang tidak tahu tentang itu.” katanya.

wanita mengamuk stesen minyak tiada air
1 year ago

(VIDEO) "Memekak Macam Orang B*doh" - Kecoh Wanita Mengamuk Tandas Pam Minyak Tak Ada Air, Sukar Lepas 'Hajat'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...