Satu video menjadi tular semalam apabila seorang pelajar sebuah institusi tinggi menangis gara-gara tidak dapat makan kerana kafeteria ditutup.
Pelajar itu meluahkan rasa sedih dan kecewa selain mendakwa pihak pengurusan kampus universiti itu yang menutup tempat makan pelajar itu sekaligus membuatkan dia kelaparan selama satu hari.
Semalam saya dah tak makan satu hari. Tak makan tu bukan sebab tak ada duit, sebab kafe tak bukak. Habis tu student yang masuk ni nak makan apa.
Luahan perasaan pelajar di TikTok itu kemudiannya mendapat perhatian penyanyi Caprice yang tampil memberikan nasihat kepada individu itu.
View this post on Instagram
Kata Caprice, seseorang yang hidup dalam dunia ini tidak boleh bersikap ‘manja’ tak bertempat.
Minta maaf dik, hidup ni tak boleh manja sangat. Lain la adik kata adik tak ada duit ke, dua tiga hari tak dapat nak makan. Boleh la kita bukak tabung ke, transfer duit raya ke.
Ujarnya, sebagai seorang lelaki, pelajar itu perlu mencari jalan apatah lagi di zaman serba canggih dan segala servis di hujung jari.
Difahamkan pelajar itu tampil memohon maaf kepada pihak pengurusan universiti kerana tersalah anggap mengenai keadaan sebenar.
Ha kan dah free free je kena mintak maaf secara terbuka, aduh dik ? https://t.co/iN9qZUg0RS pic.twitter.com/OA1BVBdGL9
— Erin ? (@arianazulkifli) May 1, 2023
“Sebenarnya pihak universiti telah menyediakan keperluan makanan, minuman kepada para pelajar yang mempunyai masalah tersebut (tak ada duit dan masalah untuk mendapatkan sumber makanan). Cuma saya yang tidak tahu tentang itu.” katanya.