Hidup Susah Tak Halang Pelajar Ini “Genggam” 7A Dalam SPM

Trending

Hidup Susah Tak Halang Pelajar Ini “Genggam” 7A Dalam SPM

main_ax_0803_P18a_36p_ax_1

Tiada kata yang lebih mengujakan melainkan gembira apabila berjaya menggapai keputusan yang membanggakan meskipun hidup serba kekurangan.

Advertisement

Memetik laporan thestaronline, K. Phugeneswaran disangkakan cuma mampu mencapai “A” dalam ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR), namun beliau tidak patah semangat dengan sangkaan itu dan mengambilnya sebagai satu cabaran yang positif.

Sejak dari itu, pelajar dari SMK Seri Bintang Selatan ini berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan kepada para gurunya bahawa dia juga boleh mencapai keputusan yang baik dalam Sijil Penilaian Malaysia (SPM).

Apa yang cukup mengharukan, cabaran yang beliau tempuhi agak sukar dengan keadaan hidupnya yang serba kekurangan.

Tidak mudah bagi seorang pelajar yang hidup dalam suasana tidak cukup bekalan air mahupun tenaga elektrik di rumah.

Menurut anak sulung dalam lima adik beradik ini lagi, beliau terpaksa belajar dan tidur di kantin sekolah atau di kawasan perhimpunan sekolah selama 2 tahun ekoran kesusahan hidup yang dialaminya dengan keluarga.

Bapanya bekerja sebagai seorang kerani dan ibunya pula seorang pengawal keselamatan di sekolah lain.

Dua bulan sebelum peperiksaan SPM, Phugeneswaran telah bekerja sambilan sebagai pembuat pizza di pasar raya untuk membayar buku kelas tambahan dan tuisyen.

“Guru saya Puan Raja Faziatul Hanim Raja Azie juga tinggal selepas waktu sekolah untuk mengajar saya.

“Saya mahu mereka yang miskin tahu bahawa selagi anda mempunyai kemahuan untuk melakukan dengan baik, anda boleh melakukannya,” kata beliau sambil menambah bahawa dia mahu menjadi seorang peguam.

Raja Faziatul berkata Phugeneswaran adalah seorang pelajar yang bersopan santun dan sentiasa datang ke kelas dengan kemas berpakaian dengan baju sekolahnya.

“Semasa beliau dibuli oleh kanak-kanak lain, dia tersenyum. Beliau tidak pernah dilihat mengasihani dirinya dengan masalah itu,” katanya.

“Kebanyakan guru tahu tentang keadaan dan mahu membantu beliau dengan wang tetapi dia tidak pernah menerima kerana dia tidak mahu kami tahu masalah dia.”

Beliau berkata ia adalah bukti kepada kekuatan dan kehendak-Nya untuk berjaya.

Seorang lagi guru, Salina Abdul Manaf berkata Phugeneswaran adalah satu-satunya pelajar yang pergi mencari semua guru-gurunya  dan mengucapkan terima kasih kepada mereka selepas beliau menerima keputusan itu minggu lalu.

Cerita beliau turut tersebar di laman Facebook apabila gurunya Zaireen Zainal Abiddin menyiarkan berita baik ini dan ia turut dikongsi lebih 7,000 kali.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...