Penyanyi dan juga pelakon, Nonny Nadirah baru-baru ini ada mengumumkan sebuah berita sedih di mana dia dan pasangannya, pelakon Niezam Zaidi telah mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinan yang dirancang sebelum ini.
Nonny atau nama sebenarnya, Nonny Nadirah Zainuddin yang ditemui media menjelaskan bahawa dia dan Niezam sebenarnya telah membuat keputusan tersebut sejak dahulu lagi usai saja mereka berdua mengikuti kursus kahwin, September lalu.
Jelas Nonny lagi, dia menganggap apa yang terjadi mengandungi hikmahnya yang tersendiri.
View this post on InstagramMy mission : Be true to myself, Help other people, Become a better me.? . Makeup by @iansham
“Ada hikmah kenapa perkahwinan ini dibatalkan. Allah nak tunju siapa diri kita sebenarnya terhadap pasangan. Terima kasih Allah. Saya anggap apa yang berlaku sudah tiada jodoh. Kalau nak paksa pun, bimbang nanti ia hanya memudaratkan. Takkan saya nak lalui fasa penceraian sekali lagi. Jadi saya redha dengan ketentuan ini,”
Keputusan membatalkan perkahwinan itu menurut Nonny telah membuatkan dia berazam untuk perbaiki diri dan menjadi pasangan yang lebih baik untuk pasangannya kelak.
Merasakan hidup solo adalah yang terbaik buat dirinya ketika ini, Nonny walau bagaimanapun tidak merasa serik untuk memulakan sebuah perhubungan yang baru kelak.
Tambahnya lagi, Nonny mengakui ketika melalui fasa penceraian perkahwinannya dulu, dia berasa sangat kecewa dan meratap namun untuk perpisahan kali ini Nonny memberitahu bahawa dirinya lebih tenang dan gembira.
“Kalau selepas bercerai dulu saya memang meratap. Tapi untuk kali ini saya lebih tenang. Malah lebih gembira. bagi saya, Allah sudah atur segalanya. Apa yang penting kena sabar dengan ketentuan diberikan,” – Nonny Nadirah
Sumber : Harian Metro