Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow yang baru-baru ini ditemui media berkata, hidupnya kini lebih tenang dan bahagia setelah mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan, Marini pada Jun 2020 yang lalu.

Dia juga turut meluahkan rasa kesyukuran kerana dikurniakan seorang isteri yang sangat memahami kehidupannya sebagai seorang selebriti.
Joe dalam pada itu juga tampil menzahirkan sokongan kepada kerjaya isterinya dan berjanji akan terus menghasilkan muzik untuk halwa telinga yang berkualiti untuk para peminat di luar sana.
View this post on Instagram
“Kehidupan saya kini lebih tenang. Syukur saya dipertemukan dengan seorang isteri yang sangat-sangat memahami. Isteri dan keluarganya menerima saya dengan seadanya. Saya tahu dengan perangai yang sebegini bukan mudah untuk dia menjaga saya. Alhamdullilah, saya bahagia. Saya juga akan sentiasa menyokong kerjaya seni isteri dan saya juga akan terus menghasilkan karya-karya yang bagus. Insya-Allah.”
Sekadar info, Joe dan Marini telah menjalinkan persahabatan sejak 15 tahun yang lalu dan hanya mula menjalinkan hubungan serius sekitar tahun 2016. Mereka berdua kemudiannya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada tanggal 26 Jun tahun lalu.
View this post on Instagram
Manakala perkembangan terkini Joe dia kini muncul dengan lagu terbaru berjudul Ciao yang turut menampilkan penyanyi rap MK K-Clique dan juga artis antarbangsa, Jay Park.

tecit
February 2, 2021 at 11:36 am
tgk joe pon faham wanita pilihan die bukan biashe2. bukan kaleng2 la. nampak strong independent lady
Aunty
February 1, 2021 at 12:44 pm
Cantik , very classic beauty …. Very beautiful lady ..
Bawang besar
January 31, 2021 at 11:16 am
Bijik baru kene injek mmg mcm tu..gedik lain mcm tak tahannnn nak bagitahu satu doniaa
Nani
January 31, 2021 at 3:26 pm
Komen kat A J silap tmpat haha
belajar dari kesilapan
January 30, 2021 at 5:54 pm
aida jebat boleh belajar dari org2 mcm ni. kot2 la tertanya2 kenapa ramai sgt org kecam, jawapannya sama. terlalu show off gambar/video pegang2 peluk2. dulu dengan pelakon bukan muhrim. sekarang da halal pon nak tunjuk juga video cium2 ketiak. cerita dalam kain lepas ni jangan cerita la ya. mak2 tengok meluat, budak2 tengok takut jadi faktor kepada maksiat pula.
brunes
January 30, 2021 at 4:08 pm
LOVE! Classy without trying too hard
jkdsl
January 31, 2021 at 5:00 pm
agree!! busana simple tp menyerlah. love it!!