Perceraian bukanlah satu perkara yang ingin dipinta oleh mana-mana pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, namun buat pelakon Serina Redzuawan beliau mempercayai perpisahgan beliau bersama bekas suaminya seorang jejaka inggeris, Gavin Edward O’Luanaigh mempunyai hikmahnya tersendiri.
Serina tidak mahu mengharapkan simpati orang ramai dan akan terus tabah dan berusaha untuk membesarkan dua orang anaknya.
Saya redha dengan takdir yang telah tertulis dalam hidup saya, bergelar ibu tunggal pada usia yang muda. Tapi saya tak mahu dilihat lemah dan mengharapkan simpati orang ramai. Orang yang senasib dengan saya perlu teruskan hidup mencari rezeki demi anak-anak dan hidup sendiri. Jangan menangis atau mengeluh, bangun dan bangkitlah melawan segala-gala dugaan dan kesusahan.
Betul, ada masanya memang sukar untuk menguruskan anak-anak seorang diri tetapi ayah mereka tidak melepaskan tanggungjawab terhadap keperluan anak-anak terutama dalam soal pelajaran. Cuma saya sebagai ibu yang menjaga mereka sepenuh masa, berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi semua keperluan, kehendak dan kegembiraan Tristan dan Isabella agar mereka tidak rasa berkurang sedikit pun.
Bercerai bukanlah penamat buat segala-galanya dalam hidup. Ramai wanita yang bergelar ibu tunggal di luar sana mampu untuk berjaya dan memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka.
Kami juga mendoakan agar kehidupan Serina dipermudahkan. InshaAllah, akan ada kebahagiaan dan kemanisan buat Serina kelak.