Kakak kepada Ira Kazar iaitu Melur Kaza ada menceritakan keadaan adiknya itu setelah isu mengenai perkahwinannya bersama pengarah Syamsul Yusof kembali reda.
Maklum Melur, Ira kini berada dalam keadaan baik dan sihat walafiat meskipun berdepan dengan dugaan rumah tangga namun tetap tenang dan positif.
Malah, kontroversi serta kritikan netizen di luar sana tidak menjejaskan kehidupan mereka anak beranak dan tetap menjalani kehidupan seperti biasa.
Dengan apa yang terjadi saya percaya kami satu keluarga tidak terkesan dengan apa-apa pun, kami sekeluarga Alhamdullilah okay saja. Menjalani kehidupan seperti biasa dan tiada sebarang kelainan pun.
Keadaan Ira juga sama sahaja daripada dulu, tiada yang lebih tiada yang kurang. Dia sentiasa positif, ayah paling okay. Kalau ayah okay kami semua okay.
Dalam pada itu, Melur berkata dia ada membaca semua komen netizen sama ada positif atau negatif namun tidak mengambil serius mengenai hal tersebut.
Kami satu keluarga baca semua komen netizen sama ada negatif mahupun positif. Yang baik kami ambil yang buruk kami buang.
Kami adik beradik sudah diajar dan dididik untuk sentiasa bersabar. Sebab kalau baca akan ganggu mental.
Sekadar info, Syamsul Yusof dan Ira Kaza dilaporkan telah bernikah pada Januari lalu di Thailand.
Berikutan itu, isteri pertama Syamsul pada ketika itu, Puteri Sarah Liyana telah menfailkan perceraian dan sah berpisah dengan talak satu pada 14 Jun lalu.