Hidup Lebih Positif Lepas Tukar Nama, Ingin Dikenali Sebagai Zyn Akal Bukan Zyn Nakal

Hiburan

Hidup Lebih Positif Lepas Tukar Nama, Ingin Dikenali Sebagai Zyn Akal Bukan Zyn Nakal

Penyanyi Zynakal,21, mengakui dirinya lebih positif dan tenang berbanding ketika awal kemunculannya dalam bidang seni apabila dia sering terpalit dengan cerita negatif dan sensasi.

Menyedari namanya sering saja dikaitkan dengan cerita ‘nakal’ kemungkinan kerana nama komersial yang dibawa dalam industri hiburan. Ini menjadikan kehidupan dan kariernya menjadi tidak seimbang dan kerap dikaitkan dengan perkara kontroversi.

Advertisement

Menganggap nama yang dibawanya itu sebagai doa, Zynakal menyedari pembawaan dirinya telah dianggap dan dilabel sebagai ‘nakal’ oleh peminat. Ini berikutan kesemua ‘feedback’ yang diterimanya berunsurkan perkara yang tidak baik.

Namun, saat kejatuhannya untuk seketika telah menyedarkan dirinya dan menganggap itu semua sebagai peluang yang diberikan Allah untuk bangkit memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

View this post on Instagram

A post shared by ZYN AKAL (@zynakal)

“Zynakal itu sebenarnya bermaksdu Zyn Akal. Dulu saya sukakan ayat nakal kerana kononnnya nak memberontak dan berseronok. Saya rasa macam masuk industri untuk berseronok dan kena kejutan budaya. Selepas ini, saya akan berhati-hati dalam kelakuan dan bercakap. Diikutkan nama sebenarnya Zyn Akal tapi untuk Instgaram memang kena guna @zynakal dan ini puncanya nama itu terus melekat,”

Mengimbas kembali, tahun lalu Zynakal pernah ditahan polis kerana telah bertindak mengasari seorang pekerja stesen minyak dan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas.

View this post on Instagram

A post shared by ZYN AKAL (@zynakal)

Tambahan, dia juga telah didiagnos dengan penyakit depresi dan bipolar mania dan terpaksa mengambil ubat dengan preskripsi doktor bertauliah untuk lebih tenang.

Zynakal turut mengulas penggunaan namanya kini sudah berubah dan lebih mahu dikenali sebagai Zyn Akal supaya dapat menarik lebih banyak perkara positif berbanding negatif.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...