Hantaran Angelina Tan di laman sosial Threads meraih perhatian peminat apabila aktres itu berkongsi fotonya bersama suami, Sabri Yunus.
Menerusi hantaran itu, Angeline telah memuat naik beberapa keping gambar berdua dengan kapsyen tentang kehidupan mereka suami isteri.
Hidup kami sangat simple dan biasa biasa tapi kami bahagia.
View on Threads
Ramai netizen suka melihat pasangan tersebut dan hantaran itu mendapat perhatian peminat yang mengimbau kembali masa kecil mereka menonton Angeline dan Sabri di dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Kamu berdua adalah sebahagian daripada masa kecil saya, Kalian buat saya gembira dulu. Sekarang saya doakan untuk kebahagiaan kamu berdua.