Melalui platform TikTok, adik usahawan sensasi, Sajat iaitu Mustika meluahkan rasa berang apabila dituduh tidak menjalankan tanggungjawab menjaga ibu bapanya yang kini kurang sihat.
Kata Mustika dalam hantaran video itu, dia berang apabila ada segelintir netizen menuduhkan tidak sediakan keperluan buat bapa yang kini kurang sihat untuk berjalan seperti kerusi roda.
Tak pasal-pasal aku kena fitnah lagi. Alif tu, laki orang mati pun nak record!
@must1ka_55Alif tu,laki orang mati pun dia nk record!!
Bahkan dalam video itu, Mustika menunjukkan kerusi roda yang diguna oleh bapanya sebelum terima kerusi roda baru daripada usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri.
Sebelum ini, tular video memaparkan Sajat membeli kerusi roda buat bapanya tetapi dihantar oleh Aliff Syukri dan rata-rata netizen sebak melihat tindakan usahawan itu yang masih mengingati ibu bapanya biarpun berjauhan.