Kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah, Sharifah Shahirah yang lebih mesra disapa sebagai Shiera memaklumkan bahawa dia sendiri kurang pasti mengenai tahap keseriusan masalah kesihatan mental yang dialami adiknya itu.

Dia yang juga seorang pelakon dan penyampai radio Suria FM ditemui media baru-baru ini memberitahu bahawa Sakinah bukanlah seorang yang suka bercerita mengenai masalah yang dihadapi dalam hidupnya.
Meskipun begitu, dia sebagai kakak kepada pelakon drama Dia Yang Ku Gelar Isteri itu hanya mendoakan yang terbaik buat Sakinah yang khabarnya akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Mei nanti.
Dalam temubual itu, Shiera menjelaskan bahawa Sakinah jarang menceritakan hal peribadi kerana mungkin beranggapan dirinya sudah dewasa dan boleh menghadapi tanpa bantuan keluarga.
View this post on Instagram“Ini masalah awak, simpan dan selesaikan sendiri. Sakinah pun tak datang kat keluarga, dia suka buat hal sendiri. Dia dah besar kot, dia ada mental ke? Saya tidak tahu apa plan dia, dia nak buat apa dia buat, tapi kalau esok nak kahwin jemputlah saudara..”
AdvertisementShiera turut berkongsi mengenai perkenalan bersama tunang Sakinah yang baginya baik dan pandai mengambil hati. Dia turut sempat menitipkan beberapa nasihat buat bakal adik iparnya itu agar menjaga Sakinah sebaiknya meskipun hanya berkesempatan untuk bersua muka dan berkenalan selama beberapa kali.
View this post on InstagramSakinah yang sebelum ini telah tampil mendedahkan bahawa dia kini menghadapi masalah kesihatan berupa ADHD dan anxiety melampau ketika program temu bual bersama pengacara popular Datuk Aznil Nawawi, baru-baru ini.
Dia juga dikhabarkan akan berpindah ke luar negara bagi meneruskan rawatan penyakit yang dihadapinya kini.
Apa-apapun, pihak BeautifulNara sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Sharifah Sakinah!
SUMBER : mStar Online
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.4 Comments
Tinggalkan Komen Anda Di Sini
Loading...
sayasukasuriafm
March 30, 2021 at 9:16 pm
bgs kakai dia backup, cuma kalau boleh bersikap lebih profesional la, takyah nk buat lagu sakit hati zizi kirana la, hihi bye2 ezlynla, lps tu ngata ke org la, isu keluarga takyah bawak dlm konti, be profesional, melua tptg tu dgr, mmg nmpk sgt
Anonymous
March 30, 2021 at 5:12 pm
adakah dia diabaikan masa zaman kanak2? membesar tanpa kasih-sayang ? atau diberi kebebasan sewaktu kecil dulu, entahlah
tecit
March 30, 2021 at 3:35 pm
kesian ke kakak2nya kene jwb aduhai la adik2. kdg2 kite ni bile semua dah beso, masing2 bz besarkan keluarga masing2. kdg2 mmg kene ade gathering utk merapatkan silaturrahim n update situasi masing2 yg terkini. sedih tau bile dpt tau hal adik beradik dr org lain. pdhl kte adik beradik kot. kdg2 adik2 just btau parents je. tp parents pon dorg ramai anak kot. mane igt nk cite satu2 kt anak2 yg lain. ambil inisiatif la sembang dlm group. skg group wasap ade telegram ade update laa. hal2 nk pindah kott. mcm merajuk je bunyi tu kinah.
anonymous
March 30, 2021 at 2:58 pm
propa