“Hidup Jangan Drama Sangat!” Doa Yang Terbaik, Shiera Tak Pasti Masalah Mental Sharifah Sakinah

Hiburan

“Hidup Jangan Drama Sangat!” Doa Yang Terbaik, Shiera Tak Pasti Masalah Mental Sharifah Sakinah

Kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah, Sharifah Shahirah yang lebih mesra disapa sebagai Shiera memaklumkan bahawa dia sendiri kurang pasti mengenai tahap keseriusan masalah kesihatan mental yang dialami adiknya itu.

Shiera keluargaSumber : Google  

Dia yang juga seorang pelakon dan penyampai radio Suria FM ditemui media baru-baru ini memberitahu bahawa Sakinah bukanlah seorang yang suka bercerita mengenai masalah yang dihadapi dalam hidupnya.

Advertisement

Meskipun begitu, dia sebagai kakak kepada pelakon drama Dia Yang Ku Gelar Isteri itu hanya mendoakan yang terbaik buat Sakinah yang khabarnya akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Mei nanti.

Dalam temubual itu, Shiera menjelaskan bahawa Sakinah jarang menceritakan hal peribadi kerana mungkin beranggapan dirinya sudah dewasa dan boleh menghadapi tanpa bantuan keluarga.

“Ini masalah awak, simpan dan selesaikan sendiri. Sakinah pun tak datang kat keluarga, dia suka buat hal sendiri. Dia dah besar kot, dia ada mental ke? Saya tidak tahu apa plan dia, dia nak buat apa dia buat, tapi kalau esok nak kahwin jemputlah saudara..”

Shiera turut berkongsi mengenai perkenalan bersama tunang Sakinah yang baginya baik dan pandai mengambil hati. Dia turut sempat menitipkan beberapa nasihat buat bakal adik iparnya itu agar menjaga Sakinah sebaiknya meskipun hanya berkesempatan untuk bersua muka dan berkenalan selama beberapa kali.

Sakinah yang sebelum ini telah tampil mendedahkan bahawa dia kini menghadapi masalah kesihatan berupa ADHD dan anxiety melampau ketika program temu bual bersama pengacara popular Datuk Aznil Nawawi, baru-baru ini.

Dia juga dikhabarkan akan berpindah ke luar negara bagi meneruskan rawatan penyakit yang dihadapinya kini.

Apa-apapun, pihak BeautifulNara sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Sharifah Sakinah!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...