Hidup Dengan RM3 Sehari Selama 6 Bulan, Pemuda Ini Cetus Inspirasi Untuk Anak Muda

Trending

Hidup Dengan RM3 Sehari Selama 6 Bulan, Pemuda Ini Cetus Inspirasi Untuk Anak Muda

Baru-bau ini, satu video telah dimuat naik di laman sosial mengenai seorang pemuda bernama Muhd Alatas yang mana beliau hanya berbekalkan RM3 untuk survive setiap hari selama 6 bulan.

Advertisement

Kisah hidupnya sewaktu susah sehingga berjaya memiliki perniagaan sendiri ketika ini, wajar dijadikan sebagai inspirasi dan contoh kepada anak-anak muda yang lain. Apa yang lebih membanggakan, beliau memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari dari laman Google dan YouTube.

Kisah Hidup Dengan RM3 Sehari Selama 6 Bulan Untuk Survive

Hi, nama saya Muhd Alatas. Kawan-kawan semua panggil Roy. Saya berumur 34 tahun dan sekarang ini saya buat bisnes. Kebanyakannya buat construction, buat rumah, buat banglo.

Sebelum itu, saya bekerja di Mid valley sebagai decorator, sebagai artis di Mid Valley dengan gaji RM10 sehari. Kena buang RM7 untuk kos pengangkutan dan baki yang saya ada RM3, untuk saya hidup dalam sehari.


*Mohd Alatas kerja di Mid Valley sebagai decorator dengan gaji RM10 sehari*

Dari RM3 itu, RM1 saya makan maggi, RM1 saya beli air dan RM1 saya simpan setiap bulan. Jadi, setiap bulan saya hanya ada RM30 kalau saya kerja full.

Saya tinggal di Batu Caves, simpang tiga, fly over. Saya makan maggi. Masa itu hidup saya sangat-sangat susah. Perkara yang paling sedih saya ingat, saya makan maggi.

Sebungkus maggi kari itu saya patahkan kepada dua bahagian. Setengah itu saya makan di waktu siang hari dan setengah satu lagi saya makan untuk malam hari. Saya menjalani kehidupan seperti ini lebih kurang dalam 6 bulan ke 8 bulan.


*6-8 bulan, Mohd Alatas hidup dengan RM3 sehari*


*Ikat perut, Mohd Alatas hanya mampu membeli maggi untuk dimakan setiap hari*

Rasa dalam simpanan ada RM500, beli dapur gas, kanopi, kita buka gerai. Dalam masa 8 bulan beroperasi, kita dah nampak hasil tetapi masih lagi dalam kesempitan hidup.

Jadi saya beritahu member yang syaa nak ambil sedikit duit hasil daripada bisnes untuk daftar lesen di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kemudian buat interior dan fashion design.


*Laman YouTube & Google dijadikan sebagai rujukan buat dirinya untuk mempelajari bisnes baru*

Untuk bisnes pertama yang saya buat, saya dapat keuntungan sebanyak RM30,000, berkat dari saya bersabar dan tabah.

Bila saya buat rumah, orang bertanya pada saya, macam mana saya tahu buat decoration? Saya menyatakan bahawa saya belajar daripada YouTube, buka Google macam mana orang boleh pateri besi, pertukangan kayu, buat perabot, buat wood pallet wood.

“YouTube dan Google adalah guru yang terbaik untuk saya”

Ada orang tanya tahap pendidikan saya sampai mana, degree, diploma bagai. Jujur saya katakan, saya sekolah sampai tingkatan dua sahaja kerana ibu saya tidak mampu bayar yuran sekolah. Lalu ibu saya kata berhenti belajar. Daripada situ saya mula bekerja, kerja di kilang.

Mostly saya boleh katakan keluarga saya dah berjaya sekarang sebab kesusahan kami dulu. Yang paling penting, kita kena jujur dalam hidup. Pertama sekali jujur pada diri sendiri. Kalau kita tipu diri kita sendiri, kita pun 100% akan tipu orang lain. Pilihan dalam tangan kita sendiri.

Kita nak hidup, hidup. Orang nak pakai Ferrari, kita nak pakai Ferrari memang tak bolehlah. Tetapi dia pakai kereta, kita pun pakai kereta, boleh.

Kita nak sampai ke tempat kerja dengan memandu, tak nak naik tren. Okey, kita pandulah kereta sendiri. Perodua Kancil pun kereta, boleh sampai juga ke tempat kerja. Yang penting kita senang, pakai cukup, minum cukup, makan cukup, semua cukup, boleh kahwin dah cukup dah.

Admin kagum dengan usaha lelaki ini yang tak mudah berputus asa. Malah ambil insiatif dan gigih untuk memajukan diri dan mengambil peluang yang ada untuk mengubah nasib hidupnya. Berbanding sesetengah manusia di luar sana yang hanya tahu menunggu atau bergantung hidup pada orang lain sahaja.

Apa lagi alasan anda untuk tidak tidak berjaya? Semoga kisah Mohd Alatas ini menjadi inspirasi kepada anak-anak muda di luar sana.

Sumber : Mohd Alatas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

4 Comments

  1. Bon

    December 5, 2016 at 7:49 am

    Apasal bebal sgt nak buat keje 10 ringgit sehari?…..adoiiiii…sembang logik sket….cerita usaha dan kejayaan tu mmg bagus tapi sembang keje 10 ringgit sehari tu mcm x logik….

  2. PencAri Makan

    November 28, 2016 at 11:29 pm

    Terbaik. Usaha tanpa alasan.

    Memang senang untuk menyalahkan dan mencari alasan.

    Tapi mencari peluang dan sanggup bekorban ia bukan mudah.

  3. Sitiawan

    November 25, 2016 at 7:33 pm

    Seseorang itu baik lelaki atau perempuan, dilahirkan kaya atau miskin itu bukan menjadi alasan hidup susah atau senang. Kalau dilahir kaya tapi pemalas pun takde guna sbb kekayaan boleh habis dan hilang. Tapi kalau dilahir susah/biasa tapi rajin, insyallah dpt hidup senang sbb duit dan kekayaan boleh dicari… Mcm yg pemuda ini lakukan. Yang penting mind set dan rajin berusaha.

  4. massa

    November 25, 2016 at 4:47 pm

    sangat-sangat bangga dengan anak muda ini, berkat usaha Allah sentiasa merahmati hidup kamu. mudah2an kamu sentiasa berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat. ibu/bapa dan kaum keluarga kamu tentu bangga dengan pencapaian kamu. kamulah contoh yang sangat-sangat terbaik kepada semua yang hidup dalam dunia ini. terbukti kata-kata pujangga ‘usaha itu tangga kejayaan’ SABAR ITU ADA BERKATNYA ALLAH SAJA YANG MAHA MENGETAHUI KESUDAHANNYA.