Hidup Dengan 3 Penagih Dadah, Budak Umur 4 Tahun Dijumpai Tidur Dalam Rumah Dipenuhi Sampah Sarap

Kehidupan

Hidup Dengan 3 Penagih Dadah, Budak Umur 4 Tahun Dijumpai Tidur Dalam Rumah Dipenuhi Sampah Sarap

Di platform TikTok, baru-baru ini, tular video serbuan pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sebuah kediaman yang telah mengejutkan ramai pihak.

Kanak-kanak tidur dengan sampah sarap dan penagih dadah

Dapat dilihat dalam hantaran video tersebut, seorang wanita merakam sebuah rumah yang dipercayai dipenuhi dengan penagih dadah.

Advertisement

Hal yang membuatkan video itu meraih perhatian dan ramai yang berasa terkejut apabila dalam keadaan rumah yang dipenuhi dengan sampah sarap itu turut ada kanak-kanak sedang tidur.

Meruntun jiwa saya pada waktu itu apabila mendapati seorang kanak-kanak usianya lingkungan 4 tahun tidur berhampiran timbunan sampah.

2 lelaki dan 1 wanita penagih dadah

Dalam hantaran yang lain, pemilik video terbabit memberitahu penemuan kanak-kanak itu tidak termasuk dalam misi mereka.

Hasil serbuan rumah berkenaan, mereka berjaya menangkap dua orang lelaki dewasa dan seorang wanita yang dipercayai merupakan penagih dadah.

Sementara itu, rumah tersebut telah dibersihkan dan kanak-kanak terbabit berjaya diselamatkan, di mana kini berada di bawah penjagaan ibunya.

AADK beri kenyataan
3 weeks ago

"Penahanan Masih Ikut SOP Ditetapkan" - AADK Tampil Beri Kenyataan Isu Pemuda Ditangkap & Dihalang Berhubung Dengan Keluarga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...