Mendedahkan kepada umum berikutan berita penceraiannya dengan suami, Dr Che Hafiz pada 17 Jun lalu, pelakon dan penyanyi Lufya Omar aku telah tiba masanya untuk beliau tampil membahagiakan dirinya sendiri.
Lufya sebelum ini juga pernah menjawab persoalan seorang pengikutnya di laman Instagram yang menyatakan hasrat untuk mengenali dirinya selepas mengetahui statusnya sebagai ibu tunggal.
Bagaimanapun, menerusi satu entri di Instagram, Lufya juga turut berkongsi bahawa kehidupan kadangkala menyakitkan, mengusutkan dan menjadi rumit, dan ada masanya perkara-perkara tersebut menjadikannya semakin kuat dan bijak.
“Dalam hidup ini tak semuanya indah seperti yang diceritakan dalam buku cerita dongeng yang selalu dibacakan oleh ibu dan ayah kita yang melayan kita seperti bidadari. Masa kita kecil ibu bapa melayan, menjaga dan membesarkan kita bagaikan seorang puteri.
Bahkan, Lufya juga dilihat tampil menegaskan bahawa setiap orang berhak untuk disayangi seperti mana zaman kanak-kanak dahulu.
Tambahnya lagi, kita sendiri yang sepatutnya menentukan kebahagiaan sendiri. Lakarlah kehidupan yang baik untuk diri sendiri.
https://www.instagram.com/p/CERBLlEjcOm/?utm_source=ig_embed
“Kadang terlalu memikirkan orang lain, kita lupa untuk membahagiakan diri sendiri. Be wise, think wise and act wise. Love and respect yourself.”
Untuk rekod, Lufya sebelum ini selamat diijabkabulkan dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Laana Haura yang kini hampir memasuki usia tiga tahun.