Pempengaruh media sosial dan YouTuber popular, Isa Isarb mencuri perhatian warganet selepas berkongsi luahan jujur mengenai kehidupan berumah tangga yang dilaluinya.
Menerusi satu perkongsian di aplikasi Threads, Isa atau nama sebenarnya Isa Batharul Zaman menyifatkan kehidupan beristeri sebagai sesuatu yang ‘semak’. Namun jelasnya, perasaan tersebut bukan berpunca daripada isterinya, sebaliknya datang daripada dirinya sendiri yang sering merasakan tidak pernah memberikan yang terbaik buat insan tersayang.

“Hidup beristeri ni sebenarnya semak. Bukan sebab isteri aku semak, tapi sebab perasaan aku sendiri yang tak pernah puas.
“Sentiasa nak buat yang terbaik. Sentiasa rasa apa aku buat tu tak cukup,” kongsinya.
Dalam perkongsian sama, Isa turut mempersoalkan sama ada perasaan yang dialaminya itu adalah perkara biasa dalam kalangan para suami, sekali gus mengajak warganet untuk berkongsi pandangan.
“Memang macam tu eh? Relate tak (dengan warganet)?,” tanya Isa.
Luahan tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menganggap perkongsian Isa sebagai sesuatu yang sangat ‘relatable’, khususnya bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga.
Ramai warganet mengakui mereka turut mengalami perasaan sama, di mana sering merasakan masih banyak pengorbanan yang boleh dan perlu dilakukan demi membahagiakan isteri masing-masing.
Untuk rekod, Isa selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya yang juga seorang pempengaruh, Siti Nurliana Alisa Mohd Zakri, pada 9 Mac 2024. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata pada 6 Januari lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
