Hidup Berbekalkan RM3 Sehari Selama Sebulan, Pemuda Ini Buktikan Dia Mampu Berjaya

Trending

Hidup Berbekalkan RM3 Sehari Selama Sebulan, Pemuda Ini Buktikan Dia Mampu Berjaya

Pernahkan anda terfikir bagaimana untuk meneruskan hidup di ibu kota dengan berbekalkan RM3 sehari?Mungkin akan ada yang mencemuh, ada yang berfikiran positif.

Advertisement

Tetapi bagi seorang pemuda bernama Muhd Alatas yang mana beliau hanya berbekalkan RM3 untuk survive setiap hari selama 6 bulan.

Kisah hidupnya dari susah sehingga berjaya memiliki perniagaan sendiri wajar dijadikan sebagai inspirasi dan contoh kepada anak-anak muda yang lain. Apa yang lebih membanggakan, beliau memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari dari laman Google dan YouTube.

Hi, nama saya Muhd Alatas. Kawan-kawan semua panggil Roy. Saya berumur 34 tahun dan sekarang ini saya buat bisnes. Kebanyakannya buat construction, buat rumah, buat banglo.

Sebelum itu saya bekerja di Mid valley sebagai decorator, sebagai artis di Mid Valley dengan gaji RM10 sehari. Kena buang RM7 untuk kos pengangkutan dan baki yang saya ada RM3, untuk saya hidup dalam sehari.

Mohd Alatas kerja di Mid Valley sebagai decorator dengan gaji RM10 sehari. Dari RM3 itu, RM1 saya makan maggi, RM1 saya beli air dan RM1 saya simpan setiap bulan. Jadi, setiap bulan saya hanya ada RM30 kalau saya kerja full.

Saya tinggal di Batu Caves, simpang tiga, fly over. Saya makan maggi.

Masa itu hidup saya sangat-sangat susah. Perkara yang paling sedih saya ingat, saya makan maggi. Sebungkus maggi kari itu saya patahkan kepada dua bahagian.

Setengah itu saya makan di waktu siang hari dan setengah satu lagi saya makan untuk malam hari. Saya menjalani kehidupan seperti ini lebih kurang dalam 6 bulan ke 8 bulan.

Ikat perut, Mohd Alatas hanya mampu membeli maggi untuk dimakan setiap hari | Foto – Mohd Alatas

Rasa dalam simpanan ada RM500, beli dapur gas, kanopi, kita buka gerai. Dalam masa 8 bulan beroperasi, kita dah nampak hasil tetapi masih lagi dalam kesempitan hidup.

Jadi saya beritahu member yang syaa nak ambil sedikit duit hasil daripada bisnes untuk daftar lesen di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kemudian buat interior dan fashion design.

Laman YouTube & Google dijadikan sebagai rujukan buat dirinya untuk mempelajari bisnes baru | Foto – Mohd Alatas

Untuk bisnes pertama yang saya buat, saya dapat keuntungan sebanyak RM30,000, berkat dari saya bersabar dan tabah. Bila saya buat rumah, orang bertanya pada saya, macam mana saya tahu buat decoration?

Saya menyatakan bahawa saya belajar daripada YouTube, buka Google macam mana orang boleh pateri besi, pertukangan kayu, buat perabot, buat wood pallet wood.

YouTube dan Google adalah guru yang terbaik untuk saya

Ada orang tanya tahap pendidikan saya sampai mana, degree, diploma bagai.

Jujur saya katakan, saya sekolah sampai tingkatan dua sahaja kerana ibu saya tidak mampu bayar yuran sekolah. Lalu ibu saya kata berhenti belajar. Daripada situ saya mula bekerja, kerja di kilang.

Mostly saya boleh katakan keluarga saya dah berjaya sekarang sebab kesusahan kami dulu. Yang paling penting, kita kena jujur dalam hidup.

Pertama sekali jujur pada diri sendiri. Kalau kita tipu diri kita sendiri, kita pun 100% akan tipu orang lain. Pilihan dalam tangan kita sendiri.

Kita nak hidup, hidup. Orang nak pakai Ferrari, kita nak pakai Ferrari memang tak bolehlah. Tetapi dia pakai kereta, kita pun pakai kereta, boleh.

Kita nak sampai ke tempat kerja dengan memandu, tak nak naik tren. Okey, kita pandulah kereta sendiri. Perodua Kancil pun kereta, boleh sampai juga ke tempat kerja. Yang penting kita senang, pakai cukup, minum cukup, makan cukup, semua cukup, boleh kahwin dah cukup dah.

Apa lagi alasan anda untuk tidak tidak berjaya?
Jujur kami kagum dengan usaha lelaki ini yang tidak mudah berputus asa. Malah dia mengambil insiatif untuk memajukan diri dan mengambil peluang yang ada untuk mengubah nasib hidupnya.
Semoga kisah Mohd Alatas ini menjadi inspirasi kepada anak-anak muda di luar sana.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...