Pasti anda pernah melihat pasangan suami isteri yang mampu hidup bahagia hingga sudah beruban dan bercucu?
Bukan mudah untuk mempertahankan hubungan hingga ke akhir hayat, lebih-lebih lagi jika mempunyai banyak perbezaan.
Yang si isteri keras kepala, si suami pulak ego tinggi menggunung! Macam-mana nak hidup bahagia? Ketahui rahsia untuk kekal bahagia!
Saling memahami
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Jika anda boleh memahami dan menerima pasangan, dia juga melakukan perkara yang sama, pasti hubungan akan berkekalan.
Pendengar yang baik
Walaupun anda dan pasangan banyak perbezaan, anda perlu duduk dan menjadi pendengar yang baik kepada pasangan jika inginkan hubungan yang bahagia. Itu juga tanda hubungan yang dewasa.
Quality time
Ini antara masalah yang sering dihadapi oleh pasangan yang sudah berkahwin. Sibuk dengan kerja sampai tak ada masa untuk pasangan dan anak-anak. Kena ingat yang anda sudah ada keluarga.
Hargai dan puji pasangan
Ini sentiasa menjadi kekurangan dalam setiap perhubungan. Banyak pasangan yang bercerai kerana tidak ada sikap saling menghargai. Tidak kira besar mana perbezaan anda dan pasangan, hargailah mereka dan sekali-sekala puji mereka.
Saling menghormati
Bukan hanya suami je yang patut dihormati, isteri juga perlu dihormati sebagai seorang ibu kepada anak-anak. Saling menghormati adalah perkara penting yang perlu ada dalam perkahwinan jika ingin membina rumah tangga yang kukuh.
Memaafkan
Tidak ada manusia yang sempurna dan tidak buat salah. Manusia bukan Tuhan. Ketika ada masalah dan pasangan melakukan kesalahan, memaafkan adalah paling utama agar perkahwinan terus bertahan.