Sejak kemelut rumah tangganya bersama Pencetus Ummah Abu hangat diperkatakan, Hana Azraa terus mendapat perhatian ramai. Kali ini timbul pula dakwaan mengatakan dia melakukan suntikan ‘filler’ bagi mendapatkan hidung yang mancung.
Bagaimanapun, Hana menafikan dakwaan itu dan mengatakan dia tidak pernah melakukan sebarang rawatan atau pembedahan kecantikan pada hidungnya. Menurutnya, hidungnya itu memang mancung sejak dia lahir lagi.
Difahamkan, isu berkenaan timbul apabila ada netizen membandingkan hidung anaknya yang seolah-olah tidak mewarisi ciri-ciri mancung sepertinya. Setiap ciptaan Tuhan itu berbeza dan mempunyai keunikan tersendiri, Hana berkata mungkin anak-anaknya mewarisi genetik hidung bapa mereka.
Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga dengan pada Mei tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari. Menerusi perkahwinan pertamanya, Hana dikurniakan seorang anak perempuan, Afifah Aisyah yang kini berusia empat tahun.