Lana Nodin adalah antara selebriti yang sering mencetuskan kontroversi gara-gara mulut lantangnya yang bersuara tentang isu vaksin.
Terbaru, Lana yang telah kembali dari Amerika Syarikat memaklumkan bahawa dia membuka kedai bakerinya yang pertama di Kota Damansara, Lana’s Bakery Land.
Menerusi sebuah video di Instagram, Lana telah mempromosikan kedai itu dan mengajak orang ramai datang membeli di kedai bahan bakeri terbesar di Malaysia itu.
Namun, bukan bahan jualannya yang mendapat perhatian sebaliknya hidung Lana pula yang menjadi tumpuan warganet.
Ramai netizen menegur perubahan bentuk hidungnya yang didakwa semakin pelik serta ada yang mendakwa dia menjalani pembedahan plastik di bahagian itu.
Ape hal hidung you?? Silap buat thread lift ke dear? mcm scary..”
Selain isu itu, ramai netizen lain yang mengucapkan tahniah kepadanya serta memujinya kerana menjual barangan bakeri pada harga yang lebih murah.