Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Hidung Kembang Semacam, Banyak Job La Tu!”- Fad Bocey Beri Tips Cara Kenal Artis Banyak Duit

Fad Bocey

Pelawak terkenal, Fad Bocey menerusi ruangan Instagramnya telah mendedahkan cara untuk mengenal pasti artis yang ‘banyak duit’ kepada peminat serta pengikut media sosialnya.

Fad BoceySumber : Instagram Fad Bocey  

Menurut Fad, antara caranya adalah dengan melihat tahap kebesaran atau hidung artis tersebut kembang terlebih daripada biasa ataupun tidak.

Advertisement

Manakan tidaknya, antara syarat yang diwajibkan sebelum seseorang selebriti itu terlibat dalam penggambaran atau rakaman program adalah melalui ujian calitan ataupun ‘swab test’.

Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam,30, berkata bahawa dia akur dengan prosedur yang ditetapkan kerajaan itu dan sanggup menahan sakit akibat menjalani ujian sama berulang kali demi mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarga.

View this post on Instagram

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey)

Advertisement

“Ini kali ketika buat swab test..setiap kali nak masuk program baru kena swab test, perit! Memang kena berkorban banyak sekarang sebelum dapat rezeki tu. Lepas ni senang dah nak tahu member mana yang paling banyak job, tengok hidung kembang semacam je maksudnya banyak job la tu.”

Dia dalam pada itu turut memuat naik video pendek semasa menjalani ujian calitan tersebut secara pandu lalu pada hari Selasa yang lalu.

View this post on Instagram

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey)

Dalam kesempatan itu, Fad turut sempat memberikan ucapan istimewa buat isteri tercinta, Nur Syahirah A. Rahmah sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-6 tahun pada hari Ahad yang lalu.

Sekadar info, Fad telah mendirikan rumah tangga bersama isteri pada 14 Mac 2015 yang lalu. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan, Nur Aminah Mishall dan Ibrahim Jibriel.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    March 19, 2021 at 9:43 am

    just nk ckp suke sgt dgn doc yg buat swap tu. siap bace bismillah. lepas setel bagi salam. owhh. im touched! teringat mase dulu aku nk bersalin kene emergency csec. Mase dorg dah angkat (pegang kain 4 bucu) aku drpd strecher ke meja operate, ade sorg nurse kot yg tunggu dlm bilik bedah tu. die nampak how scary i am. die ckp bace bismillah byk. mengucap selawat. lepas tu doc masuk aku xnmpk die dah. kalau awak bace komen sy ni, sy nk ckp terima kasih sebab lepas operation tu sy lgsg xdpt nk terima kasih dekat awak. u will always be in my memories. good job to all team medical gov n swasta semoga Allah merahmati kalian.. hang on there.

Loading...
To Top