Bersempena dengan ulang tahun kelahiran arwah Abam Bocey, Hidayah berkongsi petikan video lama mereka berdua ketika berkaraoke lagu duet bersama.
Kenangan yang takkan kembali
Menerusi hantaran itu, Arwah Abam dan Hidayah berduet menyanyikan lagu nyanyian asal Achik Spin dan Siti Nordiana, Memori Berkasih suatu ketika dahulu.
Kata Hidayah, memori bersama arwah itu adalah salah satu kenangan yang tidak akan dia dapat lagi selepas arwah meninggal dunia pada tahun 2020 yang lalu.
Simpan kenangan dengan pasangan anda
Ibu berusia 32 tahun itu juga sempat menitipkan pesan kepada pengikutnya di media sosial untuk menyimpan memori serta kenangan bersama pasangan masing-masing.
Banyak-banyak (memori) pun tak apa, bila dia tiada kenangan ini akan menjadi kenangan sampai bila-bila.
View this post on Instagram