Seorang wanita berkongsi pengalaman adiknya yang ditipu seorang individu yang mengaku wanita tulen namun rupa-rupanya seorang lelaki!
Kisah penipuan itu kemudiannya menjadi tular di media sosial gara-gara kronologinya yang mungkin boleh dianggap lucu namun sedikit menakutkan.
Difahamkan, mangsa (adik wanita itu) berkenalan dengan ‘lelaki’ itu di aplikasi Bigo dan memberitahu dirinya berasal dari Sabah dan seorang anak yatim piatu.
Sepanjang tiga minggu adik Whatsapp, video call, call bagai, memang tak tengok muka dia sebab berpurdah. Nak dijadikan cerita perempuan tu nak datang rumah sebab sebatang kara.
Sambung wanita itu, adik lelakinya menjemput ‘teman wanitanya’ di perhentian bas di Pontian.
Namun setelah berjumpa, adiknya sedikit pelik dan curiga dengan keadaan fizikal ‘teman wanitanya’ yang berbeza dan jauh berbeza daripada apa yang dilihat di aplikasi Bigo.
Namun segala-galanya berubah apabila ‘teman wanita’ adiknya itu tidur bersama-sama ibunya di dalam bilik.
Dalam masa sama, ibu hantar gambar ‘perempuan’ tu tidur. Purdah terlucut. Aku terkedu. Ibu berlari pergi bilik adik lelaki, tunjuk gambar tu. Terkejut member tengok muka ‘awek dia’.
Setelah pemeriksaan, teman wanitanya itu rupa-rupanya seorang lelaki dan telah ditahan polis.
Ujar wanita itu lagi, polis tidak menolak kemungkinan mereka sekeluarga dipukau individu berkenaan.
Perkongsian itu kemudiannya mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya terhibur dengan insiden itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.