Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hidayah Itu Akan Sampai Jua – Sasha Saidin

Gembira Abang Nara membaca kata-kata Sasha Saidin yang diterbitkan menerusi Kosmo Ahad baru-baru ini. Nampaknya Sasha sekarang ini sedang sibuk mendalami ilmu agama. Mengakui dirinya nakal semasa muda, kini Sasha sering menghadiri kuliah-kuliah daripada penceramah luar negara seperti Mufti Zimbabwe, Ismail Menk dan Shuhaib Webb.

sasha saidin

Advertisement

Walaupun masih belum terbuka hati untuk berhijab, Sasha Saidin percaya satu hari nanti hidayah akan sampai jua kepada dirinya. Untuk itu, Sasha kini sedang giat mempelajari ilmu Al-Quran. Kata Sasha:-

Kebanyakan orang berpendapat, jika tidak mendapat hidayah, kita tidak boleh membaca Al-Quran. Bagi saya, itu kurang tepat, sebaliknya jika kita selalu mendekatkan diri, pasti hidayah itu akan sampai juga. Bagi mereka yang hati tidak tenang, alangkah bagus jika mereka mendengar zikir kerana ia mampu menenangkan jiwa. Setiap kali memulakan perjalanan untuk ke suatu tempat, kata-kata pujian kepada Allah itu menjadi teman saya. Saya sedar ada orang sinis saya berkata bergini. Malah ada orang kata saya mahu berceramah tapi percayalah, niat saya hanya ingin berkongsi dan apa yang saya lakukan ini dengan niat ikhlas untuk mencari keredaan Allah dan mengharapkan hidayahNya.

sasha saidin

Semoga pencarian Sasha akan berakhir dengan berita gembira satu nanti. Abang Nara doakan kehidupan Sasha bersama anaknya Adam akan terus bahagia di masa hadapan. Bukan senang hendak menjaga anak tanpa seorang suami di sini namun Abang Nara dapat lihat ketabahan di wajah Sasha. Teruskan usahamu Sasha Saidin!!!

P.S: Cara menangkap labah-labah yang betul.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

46 Comments

  1. Anonymous

    October 3, 2012 at 2:05 pm

    perkara wajib tak perlu tunggu hidayah ianya mesti dilaksanakan segera kerana itu hukum Allah

  2. putihkaseh

    October 3, 2012 at 9:16 am

    Tahniah Shasa semoga perjalanan mu menuju kejayaan dan diredai, insyallah …… jgn lah komen yg negatif kat dia, bagi lah dia semangat n kekuatan untuk meneruskan tuntutan ALLAH …. kita dulu pun bukan lahir terus pakai tudung cuma kita ni bukan artis so org x nampak lah apa yg kita buat so bila ada artis2 yg nak berhijrah kita sokong lah, bukan dok kutuk2 …. ustazah saya selalu bagi sokongan pada org2 yg nak berhijrah, x pernah dia kata dah terlambat nak bertaubat malah dia kata memang susah manusia nak menuju jalan yg baik, yg jahat tu jer yg senang so sama2 lah kita doakan artis2 kita berhijrah sambil mencari rezeki yg halal dunia dan akhirat ……. aminnnn

  3. saje-saje

    October 3, 2012 at 2:53 am

    aku tak sure aku penah cakap kt sini ke tak?? tp, aku penah terlibat utk satu sesi fotografi melibatkan si Sasha ni…lepas make up tebal2, lepas abis shooting, dier mintak izin nk padam make up…rupenye nk bersolat….dier pn pergi solat ngn aku la…yg respek nye, aku ni pn klau solat kt luar, pkai telekung surau tp Sasha ni siap bwk telekung sendiri…masa tu aku mcm respek sgt, w’pn tak menutup aurat sempurna, tp masih melakukan solat yg tiang agama tu…. klau nk ikot kan member2 yg ramai pakai tudung, tp x semyg…bkn nk mngata org pakai tudung, aku pn berhijab tp, tgkkan kwn2 aku x smyg aku rase mungkin bertudung sbb culture je…semoga semua mereka diberi hidayah termasuk Sasha…

  4. klutzie21

    October 2, 2012 at 11:46 pm

    aku pernah tserempak ngan sasha ni kat 1 shopping mall ni.
    terserempak dlm musolla..aku baru siap solat, dia baru masuk, letak2 beg n pegi amek wuduk. die relax je, makcik2 dlm tu sume mcm terpegun tgk die, termasuk laa aku ngan kwn aku. mmg cantik, nampak humble sgt. senyum je kat org2 yg ade dlm musolla tu skali. mase tu die sorg je. maknanye takde laa sbb ikut2 org. kagum sgt mase tu. terus berubah pandangan terhadap dia mase tu.
    semoga die istiqamah.

  5. kepoh

    October 2, 2012 at 8:51 pm

    hidayah tu da smpi sejak zaman nabi lagi cik kak oi…seru2 tutup aurat pon sejak quran turun lg..x yah nk nk gebang suci muslamah warak sgt…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama