October 2nd, 2012

Gembira Abang Nara membaca kata-kata Sasha Saidin yang diterbitkan menerusi Kosmo Ahad baru-baru ini. Nampaknya Sasha sekarang ini sedang sibuk mendalami ilmu agama. Mengakui dirinya nakal semasa muda, kini Sasha sering menghadiri kuliah-kuliah daripada penceramah luar negara seperti Mufti Zimbabwe, Ismail Menk dan Shuhaib Webb.

sasha saidin

Walaupun masih belum terbuka hati untuk berhijab, Sasha Saidin percaya satu hari nanti hidayah akan sampai jua kepada dirinya. Untuk itu, Sasha kini sedang giat mempelajari ilmu Al-Quran. Kata Sasha:-

Kebanyakan orang berpendapat, jika tidak mendapat hidayah, kita tidak boleh membaca Al-Quran. Bagi saya, itu kurang tepat, sebaliknya jika kita selalu mendekatkan diri, pasti hidayah itu akan sampai juga. Bagi mereka yang hati tidak tenang, alangkah bagus jika mereka mendengar zikir kerana ia mampu menenangkan jiwa. Setiap kali memulakan perjalanan untuk ke suatu tempat, kata-kata pujian kepada Allah itu menjadi teman saya. Saya sedar ada orang sinis saya berkata bergini. Malah ada orang kata saya mahu berceramah tapi percayalah, niat saya hanya ingin berkongsi dan apa yang saya lakukan ini dengan niat ikhlas untuk mencari keredaan Allah dan mengharapkan hidayahNya.

sasha saidin

Semoga pencarian Sasha akan berakhir dengan berita gembira satu nanti. Abang Nara doakan kehidupan Sasha bersama anaknya Adam akan terus bahagia di masa hadapan. Bukan senang hendak menjaga anak tanpa seorang suami di sini namun Abang Nara dapat lihat ketabahan di wajah Sasha. Teruskan usahamu Sasha Saidin!!!

P.S: Cara menangkap labah-labah yang betul.


46 responses to “Hidayah Itu Akan Sampai Jua – Sasha Saidin”

  1. viviana layola says:

    dalam banyak2 artis mesia,antara yang aku suka kalau kira bab dressing ialah sasha,linda rafar ngan diana rafar.pada aku 3 orang ni lah kalau bab dressing selalu proper dan tak OTT.Dorang ni selalu kemas dalam berpakaian….

  2. Abg Hensem says:

    kalau betul nak berhijrah, aku doakan niat suci/urusan ko dipermudahkan n ko betul2 insaf/beriman.. apapun tak perlu nak cakap byklah Sasha Saidin, perkara wajib mmg dah tggjwb utk dilaksanakan.. meluat dgn artis yg suka “pong pang-pong pang” mencanang konon2nya nak berhijrah/ckp ttg hidayah tapi sekadar mencari publisiti, hujung2 tetap takde perubahan… msyrkat dah bosan dgn artis camni… kalau betul2 nak berubah buat jelah betul2 n ikhlaskan niat/diri tu serta ikutlah saudara2 artis lain yg sudah sebetul2nya berhijrah mcm Wardina, Catriona Ross dan Mek Habsah… Mrk tu takdepun nak cakap lebih2 dan masyarakat pun boleh tengok perubahan pd diri mereka, alhamdulillah… semoga artis yg sudah berhijrah kekal sebegitu dan bertambah baik, amin….. ingat, aurat seseorang wanita itu seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan… itu asas dan wajib, jgn kata itu perkara sampingan dan “belum bersedia” nak bertudung n taknak jadi hipokrit… just a sharing, up to you……

  3. Anonymous says:

    hidayah tu sudah lama sampai…ketika Nabi Muhammad s.a.w mendapat hidayah..ikutlah ajaran Nabi Muhammad s.a.w

Loading...