Tindakan balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey, Hidayah Hamzah, memuat naik satu perkongsian di TikTok baru-baru ini mengundang perdebatan dalam kalangan netizen.
Menerusi perkongsian tersebut, Hidayah memuat naik beberapa keping foto yang disusun mengikut naratif, bermula dengan gambar bersama Allahyarham Abam sebelum memaparkan foto pusara arwah yang disertakan tulisan di foto berbunyi “sampai jumpa, goodbye sayang”.
Perkongsian itu kemudian disusuli dengan satu lagi foto bersama seorang lelaki yang dipercayai kekasih baharunya, dengan kapsyen “hai orang baru”, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dan menganggap kandungan tersebut tidak wajar untuk dikongsikan di media sosial.
Jumpa orang baru tak kesah pun kak, yang salah tu kak buat trend benda ni guna gambar arwah yang dah tak ada. Maksud akak macam mana tu?
Namun begitu, terdapat juga netizen yang tampil mempertahankan Hidayah dan berpendapat beliau berhak mencari kebahagiaan baharu tanpa perlu dipersoalkan.

Susulan kecaman yang diterima, Hidayah kemudiannya tampil memberi respons dengan meminta orang ramai agar tidak membuat andaian tanpa mengetahui keadaan sebenar.
Alahai, komen pun jangan buat andaian sendiri kalau kita tak tahu. Mendoakan jauh lebih baik. Saya tak akan lupa arwah sampai bila-bila walaupun ada pasangan.
“Arwah tetap ayah kepada anak saya Hamzah dan tetap menjadi suami saya di syurga. Allah lebih mengetahui. Doa yang baik-baik,” tulisnya.
Untuk rekod, Hidayah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Abam pada tahun 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia enam tahun.
Industri hiburan tempatan sebelum ini dikejutkan dengan pemergian Abam yang meninggal dunia akibat demam panas pada 10 Februari 2020.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
