Mengakui dirinya berpuas hati dengan keputusan tuntutan faraid yang difailkan pada 15 Julai lalu, isteri kepada Allahyarham Abam, Siti Norhidayah menegaskan mahkamah telah menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak yang membabitkan rumah, kereta dan barang peribadi milik arwah.
Menurutnya, ibu mertuanya juga akan mendapat bahagian mengikut hukum.
“Alhamdulillah dah selesai urusan faraid. Pihak sana (mak mentua) pun akan dapat bahagian mengikut hukum. Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah.”
Bagaimanapun, disoal mengenai berapa banyak harta peninggalan arwah, Hidayah khabarnya enggan berkongsi berkenaan hal tersebut.
Mengenai soal berapa banyak duit peninggalan arwah, saya tak boleh kongsikan. Ia terlalu peribadi.
“Namun, apa sahaja yang ditinggalkan arwah adalah termasuk rumah, kereta, semua duit dan barang peribadi iaitu kereta, jam tangan, kasut dan kamera. Walaupun pihak sana tak hadir tetapi tidak mengganggu proses mahkamah sebab sudah ditetapkan bahagian.”
Hidayah ditemui selepas selesai prosiding berhubung tuntutan faraid dan hadanah (hak penjagaan anak) di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Khamis pagi.
Sementara itu, balu kepada arwah Aba mini juga turut menafikan spekulasi yang mendakwa kereta milik arwah suaminya sudah ditarik.
“Kereta kena tarik tak benar, kereta masih ada. Tapi saya tak nak komen lebih lanjut. Nanti akan tahu juga.”
Advertisement
Meskipun bergitu, disoal berkenaan wang RM10,000 yang dikeluarkan dari akaun arwah, Hidayah memilih untuk enggan mengulas lanjut.
“Apa saya boleh katakan RM10,000 memang saya ambil tetapi saya masukkan dalam akaun anak. Tak guna satu sen pun.”
Dalam pada itu, Hidayah menyatakan mahkamah menetapkan tarikh baru pada Oktober depan berhubung tuntutan hadanah. Hal ini tercetus berikutan kegagalan pihak mak mentuanya, Sabariah Arshad untuk hadir ke mahkamah.
Sumber: Gempak

go go
September 10, 2020 at 11:07 pm
bagus dayah file hadanah..walaupun dia berhak pd si anak
Biar kaya ilmu yg dimanfaatkan
September 10, 2020 at 9:42 pm
Ni baru peringkat pertama dayah…ada byk lagi beribu step nak kena tempuh..sblum semua harta dpt diberi ikut faraid dpt merasa. Cth kalau kereta dibeli arwah (arwah yg guna) tapi telah diberikan hibah semasa hidup pada ibu dan pemilik diletakkan nama ibunya…maka harta tu tidak boleh lah difaraidkan. Harta arwah kena ada bukti cth nama arwah kat geran) dsb. Sekian.
Anonymous
September 11, 2020 at 9:30 am
kau lagi! jgn cuma fikir soal kereta letak nama mak, speedboat letak nama bapa (yg kau x nk mengaku), basikal letak nama kakak… igt pulak tanggungjawab kau dkt anak yatim yakni anak arwah abang kau. bab harta sembang pasal agama, bab tanggungjawab meroyan satu alam!
Abg Black
September 14, 2020 at 12:30 pm
Eh palabana.
nama je sedap tp bodoh pekat.
mak dia ali tu ada.
takkan nk kaut harta anak yatim?
sendu sgt ke smpi tak mampu bela mak?
be strong hidayah!
September 10, 2020 at 4:09 pm
Alhamdulillah.. kebenaran dipihak yang benar.
Anonymous
September 10, 2020 at 2:33 pm
Alhamdulillah. Mudahan segala urusan Hidayah sekeluarga dipermudahkan dunia akhirat. Aamiin.
Lupakan jela pihak sana tu.