Hidayah Akui Puas Hati Dengan Keputusan Pembahagian Harta

Hiburan

Hidayah Akui Puas Hati Dengan Keputusan Pembahagian Harta

Mengakui dirinya berpuas hati dengan keputusan tuntutan faraid yang difailkan pada 15 Julai lalu, isteri kepada Allahyarham Abam, Siti Norhidayah menegaskan mahkamah telah menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak yang membabitkan rumah, kereta dan barang peribadi milik arwah.

Hidayah Akui Puas Hati Dengan Keputusan Pembahagian Harta

Advertisement

Menurutnya, ibu mertuanya juga akan mendapat bahagian mengikut hukum.

“Alhamdulillah dah selesai urusan faraid. Pihak sana (mak mentua) pun akan dapat bahagian mengikut hukum. Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah.”

Bagaimanapun, disoal mengenai berapa banyak harta peninggalan arwah, Hidayah khabarnya enggan berkongsi berkenaan hal tersebut.

Mengenai soal berapa banyak duit peninggalan arwah, saya tak boleh kongsikan. Ia terlalu peribadi.

Hidayah Akui Puas Hati Dengan Keputusan Pembahagian Harta

“Namun, apa sahaja yang ditinggalkan arwah adalah termasuk rumah, kereta, semua duit dan barang peribadi iaitu kereta, jam tangan, kasut dan kamera. Walaupun pihak sana tak hadir tetapi tidak mengganggu proses mahkamah sebab sudah ditetapkan bahagian.”

Hidayah ditemui selepas selesai prosiding berhubung tuntutan faraid dan hadanah (hak penjagaan anak) di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Khamis pagi.

Sementara itu, balu kepada arwah Aba mini juga turut menafikan spekulasi yang mendakwa kereta milik arwah suaminya sudah ditarik.

Hidayah Akui Puas Hati Dengan Keputusan Pembahagian Harta

“Kereta kena tarik tak benar, kereta masih ada. Tapi saya tak nak komen lebih lanjut. Nanti akan tahu juga.”

Meskipun bergitu, disoal berkenaan wang RM10,000 yang dikeluarkan dari akaun arwah, Hidayah memilih untuk enggan mengulas lanjut.

“Apa saya boleh katakan RM10,000 memang saya ambil tetapi saya masukkan dalam akaun anak. Tak guna satu sen pun.”

Dalam pada itu, Hidayah menyatakan mahkamah menetapkan tarikh baru pada Oktober depan berhubung tuntutan hadanah. Hal ini tercetus berikutan kegagalan pihak mak mentuanya, Sabariah Arshad untuk hadir ke mahkamah.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...