Hidap Kanser Otak, Anak Bongsu Nick Cannon Meninggal Dunia

Hiburan

Hidap Kanser Otak, Anak Bongsu Nick Cannon Meninggal Dunia

Pelakon dan pengacara antarabangsa, Nick Cannon telah mengumumkan bahawa dia baru sahaja kehilangan anak bongsunya.

Nick atau nama lengkapnya Nicholas Scott Cannon telah mengumumkan perkara tersebut di rancangan bual bicaranya, The Nick Cannon Show.

Advertisement

Bayi istimewa yang diberi nama Zen itu dilahirkan pada Jun tahun ini dan merupakan anak Cannon bersama teman wanitanya yang juga model, Alyssa Scott.

Kanser tersebut merebak dengan cepat dan kami tahu masanya tiba. Hujung minggu lalu, saya menghabiskan masa bersamanya.

Bayi tersebut disahkan mengalami ketumbuhan di otak setelah doktor mengesan sekumpulan cecair di bahagian tersebut.

Saya bangun pagi Ahad, dan pergi ke pantai. Mendakapnya untuk kali terakhir, momen itu indah sekali.

Terdahulu, pengacara rancangan terkenal America’s Got Talent itu menyatakan dia dan Alyssa mula membawa anak mereka berjumpa doktor apabila melihat Zen bernafas dalam keadaan tidak normal selain kepalanya sedikit besar dari kebiasaan bayi normal.

Hasil pertemua dengan doktor, terdapat cecair terkumpul di kepala dan juga sel kanser yang memerlukan pembedahan otak. Zen kemudiannya menjalani pembedahan dan dipasangkan alat mengalirkan cecair dari kepalanya.

Dua lipa Anwar Hadid
2 years ago

Sibuk Dengan Kerja, Hubungan Dua Lipa Dan Anwar Hadid Dilanda Krisis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...